"Kalau Anwar ditakdirkan memimpin,

maka Anwar kena pastikan, jangan ada seorang Rakyat Malaysia,

Melayu, Cina, India, Dayak, Kadazan

yang hadapi dan rasa sakit derita dizalimi seperti kamu rasa."

...saksikan video untuk rakyat Malaysia

16/12/2012

Terkini! Puluhan Ribu Di Himpunan Rakyat Perak


Himpunan Kebangkitan Rakyat menyaksikan puluhan ribu Rakyat hadir walaupun padang basah setelah hujan turun.

14/12/2012

2 Ahli Parlimen Berjaya Tuntut Gantirugi Kes BERSIH 2.0


Terbukti!  Bersih 2.0 adalah perhimpunan aman yang sah..!!!

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan, penahanan dua orang Naib Presiden PAS, YB Salahudin Ayub dan YB Datuk Mahfuz Omar sewaktu perhimpunan BERSIH 2.0 dilakukan secara SALAH !!!

26/11/2012

MAHA 2013: Keadaan Tegang Peniaga Dianiaya


Expo Agriculture Asas Tani Pertanian & Nelayan, MAHA yang sedang diadakan di Serdang, Selangor anjuran MARDI dan kroni-kroni UmnoBn  mencetuskan satu pertikaian yang besar akibat ketidakadilan dan penganiayaan terhadap peniaga-peniaga ekspo.

11/10/2012

“Maaf kami tutup! Rosmah datang”


Kedutaan Malaysia di Qatar telah ditutup kepada orang ramai selama tiga hari untuk melayan dan memudahkan lawatan Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

10/10/2012

Najib Anggap Rakyat Berbaloi Hanya Bernilai 5 sen


Kita tertanya-tanya berapa banyak lagi penghinaan terhadap majoriti rakyat Malaysia yang boleh diterima lagi sebelum Rakyat sedar mendapati  mereka telah memberi masa yang banyak untuk Barisan Nasional.

08/10/2012

Mahathir-Orang Tua Hampir 90 Tahun Ini Mula Terkencing


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamad Yakcop mesti bertanggungjawab dalam skandal Matawang asing Bank Negara bagi kerugian sebanyak RM15.8 bilion pada tahun 1992-1993, tetapi ia juga dianggarkan kerugian mencecah RM30 bilion.

04/10/2012

Anwar Berada Di Paris – Isu Scorpene



Dato’ Seri Anwar Ibrahim berada di Paris dan akan bertemu peguam yang bertindak bagi kedua-dua SUARAM dan DCNS bagi perbicaraan kes rasuah Scorpene.

02/10/2012

Rebat Smartphone satu langkah yang bodoh


Rebat RM200 bagi pembelian telefon pintar 3G adalah satu langkah yang tidak bijak oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

25/09/2012

PR akan guna Jet dan Helikopter untuk berkempen PRU13


Kalau boleh pihak UmnoBn dengan segelintir penyokong-penyokong mereka mahukan Anwar dan pemimpin Pakatan Rakyat pergi berkempen ke Sabah Sarawak dengan naik sampan dari semenanjung.  Mereka buat-buat pelik dan memfitnah macam-macam jika sesuatu yang dilakukan PR di luar jangkaan mereka.

Anwar Jatuhkan Bom Kepada Dr M


Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendedahkan bahawa Bank Negara bukan sahaja kehilangan RM30 bilion dalam perdagangan pasaran mata wang tetapi beliau menyatakan bahawa bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad telah mengarahkan beliau agar tidak menghukum Nor Mohamed Yakcop, yang ketika itu bertanggungjawab dalam menjaga perbendaharaan bank Negara.

21/09/2012

Rumah Mampu Milik – Najib Akan Tiru PR


Pakatan Rakyat sudah mencadangkan dalam pembentangan belanjawan minggu depan untuk mengatasi isu perumahan mampu milik.

16/09/2012

Ketua Umno dan Naib Presiden Perkasa Pula Keluar Parti di Sabah



Selepas bekas Bendahari Umno Sabah, Ibrahim Menudin menyertai Pakatan Rakyat di Labuan, bekas ketua Umno Bahagian Tanjung Aru, Sabah yang juga bekas Naib Presiden PERKASA, Yahya Lampong pula sah menyertai Pakatan Rakyat !

12/09/2012

Blog Syaitan Bertopengkan Manusia


Pakatan Rakyat menafikan sekeras-kerasnya mempunyai kaitan dengan laman web yang telah menerbitkan satu artikel yang mencaci tarian kebudayaan Sabah.  Ia adalah satu tindakan hina dan satu percubaan perang psikologi terhadap Pakatan Rakyat.

08/09/2012

5 Peristiwa Memalukan oleh Najib UmnoBn Dalam Seminggu


Kesan daripada sokongan Rakyat yang semakin hari semakin ramai yang menyokong dan faham kepentingan menukar kerajaan UmnoBn, maka kegelisahan UmnoBn semakin ketara.

06/09/2012

Anak Muda Anggap Najib Berlidah Biawak


Kedengaran suara sekumpulan anak muda melaungkan “Najib Hipokrit!” selepas program Hari Raya yang dihadiri Najib di Kampung Tasek Tok Lebai, Besut, Terengganu hari ini.  Bagaimanapun mereka beredar selepas itu kerana tidak mahu sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.

31/08/2012

HUDUD : Potong Tangan Mangsa Atau Penjenayah...?

hukuman potong tangan
Dua hari lepas aku diberitahu oleh anak aku yang baru balik sekolah, menceritakan tentang cikgunya yang beragama Islam yang menyatakan akan terdapat banyak gerai makan yang akan menjual sup tangan sebab hukuman Hudud akan dilaksanakan di Malaysia nanti....

27/08/2012

Penulis pro-Israel Yang Pro Kerajaan Malaysia Dipecat


Akhbar British The Guardian telah menamatkan perkhidmatan kolumnis konservatif Amerika Joshua Trevino sebagai wakil wartawan di Amerika Syarikat yang didakwa atas hubungan beliau dengan sebuah syarikat yang terbabit dalam komplot penetapan-berita (news-fixing) yang dibiayai oleh kerajaan Malaysia dan juga untuk menjalankan laman web yang menyerang Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

25/08/2012

Putrajaya Tawar Wang Tunai Kepada Peserta Hari Merdeka



Satu e-mel dari Jabatan Perdana Menteri JPM telah mendedahkan bahawa Putrajaya akan menawarkan ganjaran wang tunai dan cenderamata kepada kira-kira 1,000 pelajar universiti yang bersetuju untuk mengambil bahagian dalam sambutan Hari Kebangsaan di sini.

23/08/2012

"Najib adalah syaitan". Dr M Perang Dengan Najib…


Tun Dr Mahathir yang sudah hampir mencecah umur 90 tahun ini, sudah menjadi liabiliti bagaikan ‘biawak hidup’ kepada Umno Barisan Nasional.

15/08/2012

Saham Felda Merudum Lagi - Kempen ‘Balik Kampung’




Musim ‘Balik Kampung ni diharap semua Rakyat Malaysia dapat pulang dengan selamat ke kampung2 halaman.  Kita juga menyeru agar disebarkan segala kebenaran yang berlaku di Negara ini dan dipadamkan oleh pemerintah umnobn.

09/08/2012

Patutlah UmnoBn Gelabah…Selangor Ambil Alih 4 Syarikat Konsesi Air


Minggu lepas Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Isu-Isu Air Selangor yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin membenarkan Kerajaan Selangor melaksanakan skim penstrukturan semula bekalan air.

08/08/2012

Anwar Dekati Anak Muda, Lancar Google Hangout


Anwar Ibrahim sedang mengikuti jejak langkah Presiden Amerika Syarikat, Obama dengan melibatkan penyokong terutamanya anak-anak muda melalui Google Hangouts.

05/08/2012

Rakyat Terima Kekalahan Malaysia, Najib Kata Rakyat 'BODOH'

Walaupun Malaysia tewas dalam perlawanan akhir badminton Sukan Olimpik yang baru berakhir sebentar tadi, tetapi pujian harus diberi kepada Datuk Lee Chong Wei yang telah bermain bermati-matian dengan semangat juang yang tinggi melawan pemain no.1 dunia Lin Dan dari China.

03/08/2012

Sudah Gila Ke Menteri Ni… Fitnah Di Bulan Ramadhan.


Merujuk kepada kenyataan dalam Sinar Harian pada 31 Julai 2012 oleh ahli Majlis Tertinggi Umno merangkap Timbalan Menteri, Dr Mohd Puad Zarkashi yang mendakwa Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah membayar wang kepada Datuk Seri Lajim Ukin untuk meletakkan jawatan dalam Umno dan Bn.

02/08/2012

Selangor Bina Loji Rawatan Air Baru, SYABAS Tak Sabotaj Ke?


Kerajaan Selangor sedang mempertimbangkan untuk membina loji baru berhampiran dengan loji yang sedia ada terutama loji yang beroperasi di atas kapasiti mereka bagi meningkatkan pengeluaran air yang telah dirawat.

28/07/2012

Cukai kereta RM6 bilion – Biar Rakyat Derita, Kroni Senang Lenang


Kastam Diraja Malaysia hari ini mengeluarkan kenyataan melalui ketua pengarahnya, Datuk Khazali Ahmad yang menyatakan sokongan untuk mengekalkan duti eksais kenderaan.

25/07/2012

Pendedahan Mengejutkan ! UmnoBn Berkuasa, Negara Tidak Akan Aman



Seorang guru tuisyen berusia 34 tahun dari Subang Jaya yang hadir ke Perhimpunan Duduk & Bantah BERSIH, memberitahu siasatan pada hari Selasa, bahawa seorang anggota polis merompak rantai emas dan kemudian memukul beliau.

24/07/2012

Malaysia 1 - Arsenal 2

Keputusan muktamad, Malaysia 1 - Arsenal 2.

Dengan memakai jersi kuning, separuh masa pertama menyaksikan pasukan bolasepak negara mendahului dengan kelebihan 1 gol apabila pemain no. 11 negara Azmi Muslim menjaringkan gol cantik dari jarak jauh menewaskan penjaga gol Arsenal yang hanya memerhatikan sahaj bola masuk ke gawang gol.

Corak permainan Malaysia agak berlainan dari segi taktikal apabila peratusan pemain negara mengawal bola semasa permainan sama banyak dengan pasukan Arsenal.

Arsenal menjaringkan gol penyamaan pada minit ke 86.  Dua minit kemudian Arsenal menjaringkan gol mendahului 2-1 dan seterusnya memenangi perlawanan

Apa-apa pun Tahniah kepada pasukan negara yang mempamerkan permainan yang ber'Taktikal' jika dibandingkan perlawanan sebelum ini yang hanya guna kederat sahaja.

Kami masih menegaskan di sini, bahawa kami inginkan perubahan dan ditukar pucuk pimpinan FAM yang terdiri daripada bukan kalangan profesional bolasepak.

Barulah... "Majulah sukan Bolasepak Untuk Negara"

Rakyat Selangor Tolak Mahyuddin Jadikan Bil Air Tertinggi Di Malaysia


Kerajaan Pusat Barisan Nasional perlu mengakui kesilapan ketika menandatangani Perjanjian Penswastaan Air pada 2004 dan kesilapan itu tidak boleh diperbetulkan sehingga sekarang.

21/07/2012

S'gor Akan Pecat CEO, pengerusi SYABAS. Hidup RAKYAT!!!


Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor akan mengemukakan cadangan kepada lembaga pengarah Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) supaya memecat pengerusi eksekutif, Rozali Ismail dan ketua pegawai eksekutifnya, Ruslan Hassan.

19/07/2012

SAH ! Cukai GST akan dilaksanakan selepas pilihanraya


Dewan Perniagaan Melayu (DPMM) berkata hari ini menyokong kenyataan yang dibuat oleh Putrajaya bahawa pengguna tidak bersedia untuk pelaksanaan cukai GST.

17/07/2012

Najib Cuba Perbodohkan Rakyat Di Bandar Pula…


Pemimpin-pemimpin tertinggi BN cuba melakukan serangan terhadap pengundi di kawasan bandar dalam pilihan raya umum akan datang apabila mereka cuba memesongkan tujuan sebenar sambutan sempena Hari Kebangsaan yang akan dilancarkan di kawasan kaum utama di ibu kota, kata beberapa penganalisis politik.

11/07/2012

Kerajaan Mongolia Hantar Pegawai Khas Untuk Melihat Kes Altantuya


Sekumpulan pegawai khas Mongolia yang ditugaskan oleh kerajaan mereka untuk melihat kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu akan tiba di Malaysia pada bulan Ogos nanti.

Kerajaan UmnoBn Pergunakan Pemandu Teksi


Kerajaan UmnoBn telah mengisytiharkan "perang" terhadap rakyat Malaysia yang cintakan perubahan dan demokrasi di dalam plihanraya di negara ini.

06/07/2012

Gambar UmnoBn Buang Tabiat

Memang benarlah UmnoBn sekarang ini sedang 'Buang Tabiat' yang sedang menunggu masa untuk dikuburkan.  Hanya kerana warna bumbung Masjid berwarna Hijau, mereka sanggup menukarkannya dengan bumbung warna "Biru Bn".

03/07/2012

Perak Dapat Air Percuma (Bergambar)

Setelah kejayaan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor memberikan air percuma kepada Rakyat di negeri Selangor, sekarang ini kerajaan negeri Perak pula telah memberikan air percuma kepada Rakyat negeri Perak.

30/06/2012

Kakitangan Kerajaan Tidak Setia Dengan BN



Pemimpin Pakatan Rakyat mengingatkan 1.4 juta penjawat awam bahawa mereka harus menjadi setia kepada Negara, Raja dan Perlembagaan Persekutuan dan bukannya setia kepada parti pemerintah.

28/06/2012

Terbelit! Razak Baginda kata dia jumpa Altantuya di Perancis

Lagi diputar cerita Altantuya... lagi terbelit leher Najib Razak...
               
Terdapat beberapa butiran yang bercanggah mengenai Altantuya Shaariibuu, yang timbul ekoran dakwaan polis Perancis dalam kertas siasatan mereka bahawa wanita Mongolia itu tidak pernah memasuki Perancis dari tahun 1999 hingga 2006.

27/06/2012

Pantas SPRM siasat Rafizi isu Projek LRT 1Billion


Dalam masa beberapa jam SPRM terus menyoal siasat Pengarah Strategi Parti Keadilan, Rafizi Ramli.

24/06/2012

200 Ahli & Pemimpin BN Keluar Parti Malam Ini...Najib Sedar Ke?


Semalam Najib Razak terus memberi tekanan kepada pentadbiran Pakatan Rakyat Selangor menjelang PRU13 yang akan berlaku bila-bila masa.  Beliau mengatakan kerajaan persekutuan yang akan dipimpin oleh Pakatan Rakyat adalah kerajaan “yang tidak boleh diharap".

22/06/2012

Kenapa Kekalahan BN Pasti Berlaku...


Sudah terlalu banyak dalil dan tanda-tanda yang menunjukkan ia akan berlaku.


Sesudah 54 tahun berkuasa dan bermaharajalela, UMNO Baru akan sampai ke penghujungnya dan sudah terlalu banyak dalil dan tanda-tanda yang menunjukkan ia akan berlaku. Tidak payah disebut dan diulangi kali ini kerana kenyataan itu sudah dirasai oleh ramai rakyat dan ia dirasakan di dalam naluri mereka yang memerhati keadaan ini.

20/06/2012

Cerdik Pandai & Pakar Malaysia Lari ke Luar Negara


Semalam, bekas pemain pertahanan kebangsaan, Shebby Singh, dilantik sebagai pengarah bola sepak kelab Liga Inggeris, Blackburn Rovers, oleh pemiliknya.

14/06/2012

Umur Hampir 90 Tahun, Jangan Takut Mati atau Dipenjara


Tak perlu takut jika rasa tak ada kesalahan dilakukan sepanjang 22 tahun pemerintahan negara ini.

11/06/2012

Masalah Besar BN di Sabah Terselamat – Sementara Waktu!


Spekulasi bahawa enam pemimpin tempatan di Sabah akan berubah menyokong kepada pihak Pakatan Rakyat telah reda buat sementara waktu, walaupun Anwar Ibrahim mengesahkan beliau telah bertemu dengan beberapa orang daripada mereka yang dijangka untuk membuat penghijrahan.

10/06/2012

"Kejutan" Berlaku Hari Ini ?


Lawatan Anwar Ibrahim ke Sabah hari ini dan pengumuman baru-baru ini bahawa satu "kejutan" yang akan mengalihkan landskap politik di negara ini telah mencetuskan spekulasi bahawa barisan pemimpin Barisan Nasional di Sabah yang akan menyertai Pakatan Rakyat termasuk sekurang-kurangnya satu Ahli Parlimen, seorang Senator dan 3 orang veteran politik BN.

06/06/2012

Anwar Ibrahim Akan Umum Kejutan Besar

Walaupun Perdana Menteri Najib Tun Razak masih ketakutan mengumumkan tarikh pilihan raya umum ke-13 berikutan laporan bahawa sokongan kaum Cina dan India telah tergelincir, pesaingnya Datuk Seri Anwar Ibrahim telah melahirkan keyakinan yang tinggi, Pakatan Rakyat (PR) akan menang dengan majoriti yang "selesa" pada PRU akan datang.

Sekatan PBB : Najib Ditekan Untuk "Wang Tebusan" Taib Mahmud


Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB )telah mendengar tuntutan-tuntutan dari 21 buah NGO dari sembilan negara untuk bertindan terhadap Malaysia kerana gagal untuk mengambil tindakan terhadap Ketua Menteri Sarawak Taib Mahmud.

03/06/2012

Pendedahan Skandal UmnoBn - RM30 Bilion


Dalam pendedahan skandal spekulasi matawang asing semalam, Bekas Timbalan Pengurus Bank Negara, Dr Rosli Yaakop menamakan 4 orang orang golongan elit yang berkuasa sebagai pemain utama yang telah menyebabkan negara kita Malaysia kerugian secara besar-besaran sebanyak RM30 bilion dalam skandal antarabangsa spekulasi pertukaran asing kira-kira 20 tahun lalu.

01/06/2012

Tiba-tiba Musa Hassan Buka Cerita Pasal Altantuya

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mendedahkan bahawa Tun Abdullah Ahmad Badawi pernah memanggil pimpinan tertinggi Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung tuduhan bahawa Timbalannya, Datuk Seri Najib Razak terbabit dalam pembunuhan seorang model Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

29/05/2012

Exco Pemuda Umno Perli Najib - Tolak Debat perbuatan 'Lemah Jiwa'


Seorang Exco Pemuda Umno, Muhd Khairun Che Aseh menyifatkan Hiu Woong Sin - individu yang mengganggu ucapan perdana menteri di London baru-baru ini - sebagai "lemah jiwa" kerana menolak cabaran debat dengan pergerakan itu.

Sahabat Blogger