"Kalau Anwar ditakdirkan memimpin,

maka Anwar kena pastikan, jangan ada seorang Rakyat Malaysia,

Melayu, Cina, India, Dayak, Kadazan

yang hadapi dan rasa sakit derita dizalimi seperti kamu rasa."

...saksikan video untuk rakyat Malaysia

23/08/2012

"Najib adalah syaitan". Dr M Perang Dengan Najib…


Tun Dr Mahathir yang sudah hampir mencecah umur 90 tahun ini, sudah menjadi liabiliti bagaikan ‘biawak hidup’ kepada Umno Barisan Nasional.
Berbagai kenyataan akhir-akhir ini sudah nampak betapa terdesaknya melindungi diri beliau daripada sebarang kejayaan Pakatan Rakyat menguasai kerajaan persekutuan dalam pilihanraya nanti.

Akibat betapa tersepitnya Najib Razak dengan situasi meruncing di Sabah, beliau terpaksa menubuhkan Suruhanjaya untuk isu Pendatang Tanpa Izin.  Ini menyebabkan Mahathir yang semakin tertekan dengan ‘Tikaman dari belakang’ Najib telah tersembur kenyataan yang semakin membelit….

Walaupun dengan penubuhan Suruhanjaya isu Pendatang itu sebenarnya akan membongkar keburukan dan kebusukan UmnoBn serta Mahathir... tetapi Najib terpaksa lakukan demi menyelamatkan diri sendiri terutamanya sokongan di Sabah yang semakin merosot akibat isu Pendatang ini ditangani dengan lemah…. Tetapi, keburukan rahsia Mahathir akan terbongkar semasa inkuiri nanti…

Mahathir sembur kenyataan yang lebih membelit

Rakyat “kecewa” Tun Mahathir memanggil Najib ‘Syaitan’.

"Lebih baik menyokong syaitan yang anda tahu daripada menyokong malaikat yang anda tidak kenali," kata Mahathir.

Itulah kenyataan Mahathir semalam yang menyeru supaya sokongan terus diberi kepada BN dan bukannya kepada Pakatan Rakyat yang dipimpin ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ia juga secara asasnya menunjukkan beliau bukan seorang demokrat, tidak menghormati demokrasi dan tidak menghormati hasrat rakyat.

Dalam kenyataan itu, Mahathir mengungkapkan BN sebagai "syaitan yang dikenali" dan Pakatan Rakyat pula sebagai "malaikat yang tidak dikenali".

Mahathir hanya mahu kerajaan sedia ada terus kekal berkuasa dengan cara autoritarian seorang diktator.

Itulah cerminan gaya biasa seorang diktator yang tidak lagi berkuasa, walaupun rakan dipijak…

Kasihan Najib…




No comments:

Post a Comment

Sahabat Blogger