"Kalau Anwar ditakdirkan memimpin,

maka Anwar kena pastikan, jangan ada seorang Rakyat Malaysia,

Melayu, Cina, India, Dayak, Kadazan

yang hadapi dan rasa sakit derita dizalimi seperti kamu rasa."

...saksikan video untuk rakyat Malaysia

27/08/2012

Penulis pro-Israel Yang Pro Kerajaan Malaysia Dipecat


Akhbar British The Guardian telah menamatkan perkhidmatan kolumnis konservatif Amerika Joshua Trevino sebagai wakil wartawan di Amerika Syarikat yang didakwa atas hubungan beliau dengan sebuah syarikat yang terbabit dalam komplot penetapan-berita (news-fixing) yang dibiayai oleh kerajaan Malaysia dan juga untuk menjalankan laman web yang menyerang Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
 
"Beliau adalah perunding bagi agensi yang mempunyai kepentingan perniagaan Malaysia dan menjalankan sebuah laman web yang dipanggil ‘Malaysia Matters’. "

Beliau telah melaporkan secara meluas dalam beberapa tahun kebelakangan ini dalam perbicaraan Fitnah Liwat II Anwar di laman web Malaysia Matters, yang kini tidak berfungsi lagi.

Trevino juga kerap mengkritik Anwar dalam ruangan lain dalam penerbitan lain seperti Huffington Post.

FBC Media, sebuah firma publisiti untuk kerajaan Najib dan telah dibayar berjuta-juta Pound menggunakan wang Rakyat Malaysia untuk menjalankan Kempen “komunikasi strategik global ".
 
BBC telah dipaksa untuk membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung perkara itu.

Dan pada tahun lepas Putrajaya menamatkan kontrak RM94 juta dengan FBC, yang telah bermula pada tahun 2007, selepas ia mendedahkan pemimpin-pemimpin kerajaan Malaysia kerap muncul dalam program-berbayar untuk TV.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah dituduh mempunyai satu siri kontrak strategi perhubungan awam, termasuk APCO Worldwide, untuk menggilap imej peribadi beliau dan kerajaan di dalam negara dan seluruh dunia.

1 comment:

  1. Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir dan Batin buat rakan seperjuangan sekeluarga.

    Ucapan yang sama juga kepada semua pengunjung di sini.

    suasanapolitikmalaysia.blogspot.com

    ReplyDelete

Sahabat Blogger