Merujuk kepada kenyataan dalam Sinar Harian pada 31 Julai
2012 oleh ahli Majlis Tertinggi Umno merangkap Timbalan Menteri, Dr Mohd Puad
Zarkashi yang mendakwa Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah membayar wang
kepada Datuk Seri Lajim Ukin untuk meletakkan jawatan dalam Umno dan Bn.
Kenyataan ini adalah satu pembohongan yang keji dan “tidak
sesuai” bagi kedudukan Puad Zarkashi sebagai timbalan menteri persekutuan. Selaras dengan cara politik Umno yang “sudah
biasa” dengan fitnah dan pembunuhan
watak seseorang, TIDAK ADA bukti yang dikemukakan oleh Puad Zarkashi untuk
menyokong dakwaan keterlaluan itu.
Kenyataan ini adalah bukti keadaan terdesak dan ketakutan
UMNO dalam menghadapi kemusnahan besar-besaran sokongan untuk Bn di Sabah. Perletakan jawatan Datuk Seri Lajim Ukin yang
berani telah dilakukan demi kepentingan rakyat Sabah yang telah lama menderita
di bawah pemerintahan yang menindas dan rasuah oleh Umno Bn.
Anak-anak muda
menyeru pemimpin-pemimpin Umno Bn untuk meninggalkan politik 'fitnah'
dan sebaliknya bersama-sama melibatkan Pakatan Rakyat dalam membina perbahasan yang
baik demi kepentingan negara.
Pohon Maaf
Memandangkan seriusnya dakwaan palsu dan tidak
bertanggungjawab ini, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah melalui peguamcaranya
mengeluarkan surat kepada Dr Mohd Puad Zarkashi, menuntut bahawa dia menarik
balik dakwaan dalam tempoh 48 jam mulai hari ini.
Datuk Seri Anwar Ibrahim telah juga menuntut bahawa Puad
Zarkashi menyiarkan permohonan maaf tanpa syarat dalam dua akhbar harian
kebangsaan termasuk Sinar Harian dan juga menuntut ganti rugi dan kos
undang-undang.
Apa-apa kegagalan oleh Dr Mohd Puad Zarkashi untuk mematuhi
tuntutan-tuntutan ini akan menyebabkan pengeluaran serta-merta Writ Saman
terhadapnya.
aku dah kata dah dari dulu lagi.... mentri msia ni memang boddoh aka banggang aka bahlol tahap gaban punya. dia dah takut tu... kalau kalah pru13 ni... 99.99% masuk lokap dgn ketua2nya sekali... pakai borong... itu yg dia takut sangat tu...
ReplyDeleteSaman sahaja Timbalan Menteri UMNO yang letak otak kat lutut
ReplyDelete