Pakatan Rakyat menafikan sekeras-kerasnya mempunyai kaitan
dengan laman web yang telah menerbitkan satu artikel yang mencaci tarian
kebudayaan Sabah. Ia adalah satu
tindakan hina dan satu percubaan perang psikologi terhadap Pakatan Rakyat.
Laman web
suarapakatanrakyat.com, sebuah blog BN
menyamar sebagai pro Pakatan Rakyat, telah menerbitkan satu artikel yang kononnya
menyerang Datuk Seri Najib Razak kerana didakwa mengambil bahagian dalam tarian
tradisional Kadazandusun yang dikenali sebagai Sumazau dan memanggil mereka yang
menari tarian ini sebagai akhlak yang rendah.
Dalam kenyataan PR yang dikeluarkan semalam, PR langsung tidak mempunyai kaitan ke atas laman
web tersebut yang amat mencurigakan kerana mengecam budaya Sabah yang kaya.
Ini mungkin hanya permulaan bagi satu siri serangan syaitan
yang bertopengkan manusia yang bertujuan untuk membunuh watak baik Pakatan
Rakyat yang lebih nampak bekerja gigih
untuk merealisasikan sebuah negara Malaysia yang demokratik, toleran dan bebas.
BN Sabah sudah Hancur
Akibat keluarnya pemimpin-pemimpin Bn di Sabah sejak
kebelakangan ini, dan setiap hari ada saja pemimpin dan anggota bawahan Bn di
Sabah telah keluar parti, maka mereka amat terdesak melakukan apa saja untuk
menarik semula sokongan Rakyat di negeri “simpanan tetap” Bn tersebut.
Pemimpin Pakatan Rakyat di Sabah rasa terkejut dengan artikel
tersebut dengan berkata, "tujuan artikel adalah sangat mencurigakan manakala
kritikan kepada Najib Razak juga jelas bertujuan untuk mendiskriminasi dan
merendahkan budaya Kadazan.
Penulis
laman web tersebut mempunyai niat jelas dalam mewujudkan salah faham di
kalangan penyokong Kadazan Pakatan Rakyat dan jelas bertujuan untuk memusnahkan
kekuatan Pakatan Rakyat yang telah berkembang berdasarkan hormat menghormati
dan kesepaduan antara penyokong kami dari Sabah Sarawak dan Semenanjung."
---------------------------------------------------
Artikel dari laman blog suarapakatanrakyat
Tarian Sumazau Untuk Golongan Rendah Akhlak
BANYAK orang keliru dan salah faham mengenai tarian Sumazau
yang popular di Sabah sehingga di gelar tarian rakyat. Ia bukanlah tarian rakyat seperti mana yang
kebanyakkan dari kita semua faham, tapi ia berasal dari tarian masyarakat
Kadazandusun untuk menyeru semangat padi yang dipanggil Bambaazon.
Atau dalam erti kata lain, ia adalah tarian pemujaan!!
Justeru tidak hairanlah kenapa begitu banyak pihak yang
mengutuk Perdana Menteri Najib Tun Razak dan isteri yang dilihat dan dirakam
sedang melakukan tarian tersebut semasa acara sambutan rumah terbuka di Seri
Perdana tempoh hari (rujuk video dibawah).
Kalau ikut kiraan penulis, lebih dari 30 blog pro Pakatan
Rakyat yang memainkan isu ini sahaja sejak beberapa hari lepas terutama sejak
kejadian mengacukan pistol di Melaka pada Sabtu.
Tumpuan kecaman kebanyakkan blog-blog ini ialah kepada asal
usul tarian tersebut, tapi penulis tidak berminat nak mengulas dari segi itu
kerana terlalu berkaitan dengan agama, penulis lebih berminat mengulas dari
segi kesesuaian tarian seumpama itu ditarikan oleh seorang pembesar negara
seperti Najib
Penulis akui, tak berapa faham tentang tarian, cantik ke tak
cantik, sumbang ke tak sumbang. Tapi
penulis tahu jenis dan gaya tarian jenis itu tidak berapa berkenan di mata
penulis - nampak bodoh saja mengepak-ngepak macam burung.
Lebih lagi kalau ditarikan oleh perempuan yang terlebih
muatan – faham-faham sajalah siapa yang dimaksudkan.
Penulis yakin, bukan penulis seorang, majoriti rakyat
Malaysia pun sama seperti penulis, tidak berapa nak berminat dengan tarian yang
berasal dari upacara memuja semangat padi ini.
Soal rakyat Sabah sukakannya, itu masalah mereka, kita di Semenanjung
yang jauh lebih moden dan bertamadun tak perlu mengikut mengepak-ngepak seperti
itu.
Kalau pun tujuannya nak menawan hati rakyat Sabah, tak
perlulah sehingga nak mengepak-ngepak di Majlis awam. Hari ini Sumazau, mengepak-ngepak macam
burung, besok apa lagi? Gamaknya kalau
tarian Gangnam Style dah jadi ‘tarian rakyat’ mana-mana masyarakat dalam negara
ini, sanggupkah Najib terlompat-lompat macam kuda pula?
Nampak logik yang penulis cuba sampaikan?
Penulis rasa tindakan Najib ‘mencemar duli’ dengan menari
tarian Sumazau yang ketinggalan zaman ini ada kaitan dengan cubaan meniru
pendekatan sama yang pernah dilakukan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini,
terutama dalam cuba menarik sokongan kaum India.
Najib tahu, pendekatan seumpama itu memang mampu menarik
sokongan, seperti yang dibuktikan dalam pilihanraya umum 2008 dan Ijok 2007.
Tapi sasaran Najib itu salah (rentak pun salah – sumbang),
masyarakat India adalah kaum ketiga terbesar di negara ini, dibandingkan dengan
masyarakat Kadazandusun yang cuba ‘dibodek’ Najib melalui tarian Sumazaunya
itu.
Berapa percent sangat mereka tu di Sabah?
Inilah sekarang akibatnya terlalu nak meniru sangat, orang
lain menari dapat sokongan, Najib menari dapat kecaman.
-------------------------------------------------------------
INILAH BLOG SYAITAN BERTOPENGKAN MANUSIA...
yang dicipta oleh cybertroppers UMNO / BN yang akan mula muncul & melancarkan perang psikologi terhadap PR untuk
memecahbelahkan negara. Pihak polis tidak akan menyiasat walaupun laporan dibuat
kerana mereka akan diarahkan sedemikian.
Inilah bagaimana rendah martabat UMNO / BN akan penghinaan dengan watak membunuh pembangkang hanya untuk terus
berkuasa. Buang syaitan ini KELUAR & Malaysia akan menjadi tempat yang
lebih baik. ABU!
No comments:
Post a Comment