"Kalau Anwar ditakdirkan memimpin,

maka Anwar kena pastikan, jangan ada seorang Rakyat Malaysia,

Melayu, Cina, India, Dayak, Kadazan

yang hadapi dan rasa sakit derita dizalimi seperti kamu rasa."

...saksikan video untuk rakyat Malaysia

25/09/2012

Anwar Jatuhkan Bom Kepada Dr M


Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendedahkan bahawa Bank Negara bukan sahaja kehilangan RM30 bilion dalam perdagangan pasaran mata wang tetapi beliau menyatakan bahawa bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad telah mengarahkan beliau agar tidak menghukum Nor Mohamed Yakcop, yang ketika itu bertanggungjawab dalam menjaga perbendaharaan bank Negara.
 
Anwar menyokong pandangan bahawa Mahathir mengetahui dan juga menggalakkan Nor Mohamed Yakcop untuk berjudi dalam pasaran matawang global, sehingga mengalami kerugian besar yang menjadikan Malaysia terdedah kepada kelembapan ekonomi mendadak pada pertengahan tahun 1990-an.

"Dr Mahathir memberi arahan,”'jangan sentuh dia (Nor)”.

Perdana Menteri pada masa itu tidak bersetuju dengan mengambil tindakan kerana dia berkata, “Jika kita membuat keuntungan, anda memuji dia (Nor), apabila kita membuat kerugian, anda mahu menyeksa dia”, Anwar memberitahu sidang akhbar di Parlimen hari ini .

"Bayangkan seseorang yang menyebabkan negara kerugian RM30 bilion,rekod beliau dipadam, kedudukannya dipulihkan dan kemudiannya dinaikkan pangkat dari penasihat kepada menteri penuh", kata Anwar.

Enggan menyelamatkan anak-anak Dr M

Keengganan Anwar Ibrahim untuk menyelamatkan syarikat kroni Mahathir termasuk yang dikawal oleh anak-anak Mahathir yang terkesan teruk semasa kemelesetan ekonomi.  Pada tahun 1998, Anwar dipecat dan dipenjarakan atas tuduhan liwat yang direka dan difitnah, yang mana akhirnya beliau tidak bersalah dan dibebaskan.

Sekarang Ketua Pembangkang, dia masih sasaran utama serangan dari Mahathir dan Umno, yang melihat beliau sebagai ancaman terbesar kepada hegemoni politik mereka.


Dato’ Seri Anwar Ibrahim membidas Mahathir, dengan menyatakan bahawa Mahathir meletakkan kepentingan perniagaan anak-anak jutawan beliau lebih penting dari masyarakat Melayu dan negara secara keseluruhannya.

Pada hujung minggu lalu, Mahathir menyeru agar Melayu bersyukur dan kurang intelektual jika menyokong pihak pembangkang, memberi amaran bahawa ini akan meletakkan negara pada jalan yang buruk.

"Mahathir hanya pentingkan melindungi perniagaan keluarga beliau - kontrak bilion ringgit Mokhzani, perniagaan bilion ringgit Mirzan", Anwar telah dilaporkan sebagai berkata pada hari Isnin.

"Tetapi biarlah saya mengingatkan Dr Mahathir bahawa apabila kita bercakap Melayu, kita mesti bercakap berjuta-juta Rakyat yang akan terjejas."


No comments:

Post a Comment

Sahabat Blogger