"Adakah itu salah?" Jawab Zahid Hamidi yang
dituduh menaiki jet ke Arab Saudi dan mengambil isterinya untuk dibawa ke Jeddah
menaiki jet yg sama.
Salah atau tak salah itu lain cerita... Tidak boleh ke Zahid
pergi ke Arab Saudi menaiki penerbangan biasa (business class pun tak mengapa)
dengan kemudahan yg tersedia ada? Awak
tu menteri... bila menteri tumpang jet nak ke Arab Saudi pasti ada kepentingan
peribadi pemilik jet tersebut...
Bukannya nak tumpang kereta macam Rakyat di bawah ni...tidak
ada kepentingan pun. Rakyat tumpang
kereta sebab Rakyat tak ada kenderaan, atau pun kenderaan rosak...ataupun ‘car
pool’ mcm kerajaan suruh Rakyat berjimat cermat.
Soalannya, "siapakah pemilik jet persendirian ini, jika
rakan beliau; apakah sebab untuk menggunakannya?
"Adakah rakan beliau mempunyai kepentingan dalam
Kementerian Pertahanan?
Tuntutan dari Rakyat juga menyebut, Naib Presiden Umno itu
yang sering terbang ke Arab Saudi semasa bulan Ramadan dengan rakan kongsi
perniagaan yang dikenali sebagai "Tuan Sheikh Rozi."
Tiba-tiba sekarang ni, Malaysia umum akan membeli 18 buah Su-30MKM Jet Sukoi.
Kebetulan sekarang ni Zahid berada di Rusia merancang untuk
membeli 18 pesawat pejuang Rusia tersebut dimana kosnya adalah kira-kira US$ 50 juta
sebijik.
Ni apa cerita Zahid oiii…?!!!
Sebelum ini, Malaysia telah membeli peralatan pertahanan
pada harga yang melambung lebih tinggi dari pembelian oleh negara lain.
Skandal pembelian kapal selam Scorpene (kes rasuah
membabitkan Malaysia sedang berjalan di Peranchis), skandal Pembelian
Helikopter Eurocopter, dan jugak skandal
pembelian 18 buah jet pejuang sukhoi…! Sekarang ni nak beli lagi Jet Sukhoi 18 bijik..!
Walaupun
sebelum ini Panglima TUDM Tan Sri Azizan Ariffin ada menjelaskan bahawa Jet pejuang Mig 29
akan kekal dipakai sehingga tahun 2025.
Berapa banyak lagi yang kita ditipu oleh pengkhianat Rakyat
macam ni? Dan saya juga tertanya-tanya
pada kadar berapa kos sebenar yang kita beli peralatan ketenteraan
tersebut… Atau pun adakah tujuan
pembelian tersebut untuk membolehkan komisen BESAR kepada menteri-menteri dan
kroni-kroni.
Reformis Anak Muda nak beri peringatan pada semua Rakyat…
Kita tidak perlu melihat terlalu jauh. Malah, kita tidak
perlu untuk mendapatkan teropong untuk Angkatan Tentera kita.
Musuh-musuh terbesar yang dihadapi oleh setiap rakyat
Malaysia adalah orang-orang yang telah bersumpah ke pejabat untuk melindungi
kita yang berada di PUTRAJAYA itu sendiri.
Pada masa ini, mereka berkomplot untuk merampas negara yang indah ini
sehingga kering.
Adakah kita mempunyai apa-apa senjata untuk menghilangkan
mereka?
Jawapannya… YA !
Sebenarnya yang perlu kita lakukan… adalah kita pastikan dengan adik beradik, rakan-rakan, saudara mara bahawa satu UNDI kita adalah senjata paling besar semasa PRU13 yang akan datang !
bukannya salah tp membazir duit rakyat..
ReplyDeleteya benar sdr Azekzk. Sampai bila duit kita dibazirkan oleh pengkhinat Rakyat ini... Rakyat makin sengsara...
ReplyDeleteAku cadangkan beli aje jet pejuang MIG-15 & MIG-21. Walau pun murah serta dah ketinggalan zaman, model ini amat berjasa ketika perang Korea & perang Vietnam. Cuma perlu upgrade sistem navigasi serta enjin aje....
ReplyDeleteya... setuju... bukannya malaysia ada perang dgn sesiapa pun... klu ada yg nak perang, baru la beli... Yg pasti, pengkhianat rakyat ni nak dapat komisyen...
ReplyDelete