"Kalau Anwar ditakdirkan memimpin,

maka Anwar kena pastikan, jangan ada seorang Rakyat Malaysia,

Melayu, Cina, India, Dayak, Kadazan

yang hadapi dan rasa sakit derita dizalimi seperti kamu rasa."

...saksikan video untuk rakyat Malaysia

21/11/2011

Awas! Najib Serang Anak Muda


Najib melancarkan slogan baru BN, yang berbunyi agak “poyo” - 'BN Pilihan
Orang Muda' khusus untuk menarik sokongan golongan muda kepada parti itu, semasa melancarkan Konvensyen Sosial Media 1Malaysia yang pertama di sini yang dihadiri oleh lebih daripada 2,000 pengamal media sosial.  


Ucapan Presiden Umno, menurut Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin, menyentuh mengenai hala tuju Umno dan BN perlu mengambil untuk memastikan sokongan di kalangan pengundi muda ‘kembali’ kepada BN.


Terdesak dan Hipokrit


Macam sudah terdesak untuk mengambil hati anak-anak muda, dan yang paling ketara lagi sikap hipokrit UmnoBn dalam menangani isu anak-anak muda.


Yang paling membuatkan anak-anak muda rasa diperbodohkan ialah apabila Najib  berkata di dalam majlis konvensyen tersebut, bahawa beliau sendiri telah menjadi mangsa kepalsuan yang disebarkan oleh media sosial Pakatan Rakyat;


"Saya pergi haji dan telah diberikan layanan sebagai tetamu diraja. Bukan saya meminta, tetapi ia telah diberikan oleh Raja Arab Saudi.   Kemudian, semasa 'tawaf', beberapa orang askar menjaga keselamatan kami untuk memudahkan proses itu, tetapi media sosial yang membawa cerita menggambarkan saya menghalang  jemaah yang lain untuk tidak dapat melaksanakan tawaf ”.


"Ini adalah perkara yang salah. Fitnah besar. Tetapi, mereka tidak takut dosa-dosa besar.  Ini adalah bahaya jika kita tidak membetulkan semua kepalsuan dan fitnah dalam pilihan raya umum," katanya.


Anak-anak muda sudah muak dengan kata-kata pendusta ini yang mana pada hakikatnya, UmnoBn yang membuat fitnah melampau dan penipuan di dalam media arus perdana.  


Dalam soal transformasi kononnya, sudah pasti UmnoBn tidak akan menyokong perubahan, dan tidak mahukan perubahan, kerana Umno sudah pasti membela  panglima perang lama mereka yang sudah rosak.


Sebagai contoh yang nyata, Khairi Jamaludin selaku ketua Pemuda Umno juga di ‘lembukan’ oleh najib hinggakan langsung tidak ada jawatan di dalam kerajaan, dan Khairi mesti bermimpi apabila dia sendiri tidak mempunyai kuasa untuk membuat PERUBAHAN pemuda itu sendiri. 


Jadi… adakah benar Najib mahu membantu anak-anak muda ?


Ia adalah minda yang berakar, tabiat lama memerah susu lembu, pergantungan ke atas hak keistimewaan dan tongkat, penyalahgunaan jentera kerajaan untuk melakukan agenda tersembunyi mereka dan penyalahgunaan agama.


Anak muda Malaysia tidak akan mengundi rasuah untuk menyelamatkan negara.


Anak-anak muda generasi baru lebih berani untuk menunjukkan apa yang mereka mahu dan akan berubah apabila mereka merasakan mereka diperdaya atau ditipu dan tidak akan boleh diancam seperti nenek moyang mereka.

No comments:

Post a Comment

Sahabat Blogger