"Kalau Anwar ditakdirkan memimpin,

maka Anwar kena pastikan, jangan ada seorang Rakyat Malaysia,

Melayu, Cina, India, Dayak, Kadazan

yang hadapi dan rasa sakit derita dizalimi seperti kamu rasa."

...saksikan video untuk rakyat Malaysia

05/08/2012

Rakyat Terima Kekalahan Malaysia, Najib Kata Rakyat 'BODOH'

Walaupun Malaysia tewas dalam perlawanan akhir badminton Sukan Olimpik yang baru berakhir sebentar tadi, tetapi pujian harus diberi kepada Datuk Lee Chong Wei yang telah bermain bermati-matian dengan semangat juang yang tinggi melawan pemain no.1 dunia Lin Dan dari China.

Atas semangat kesukanan, maka rakyat Malaysia dapat menerima kekalahan ini walaupun pahit dan tidak dapat menikmati aiskrim percuma yang ditawarkan oleh sebuah syarikat jika Malaysia mendapat emas.

Jika Malaysia menang dalam perlawanan itu, dan mendapat emas olimpik, kami anak-anak muda percaya orang yang mula-mula tunggu di lapangan terbang menanti kepulangan Datuk Lee Chong Wei adalah tidak lain dan tidak bukan Rosmah Mansor serta suami beliau.

Rakyat Malaysia pun dialunkan dendangan kemenangan itu sepanjang masa di dalam media dan diselitkan gambar-gambar Najib untuk menumpang populariti, termasuklah dalam kempen pilihanraya beliau...

Perdana Menteri Paling Bodoh

Beberapa bulan lepas, Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak telah memanggil Rakyat Malaysia "HARAM JADAH" semasa program Felda.

Dan kali ini, apabila Rakyat yang terdiri daripada Anak-Anak Muda dari universiti tempatan menghantar 'Tweet' kepada beliau untuk memohon cuti umum jika Malaysia mendapat pingat emas, sepertimana Malaysia memenangi bolasepak piala Suzuki, jawapan dari Najib amat meloyakan minda anak-anak muda...

Oiii Najib... sebab itulah anak muda tak respek lu.... 'BODOH' !!!



4 comments:

  1. Anonymous6/8/12

    betul, khabarnya najib pun tak graduate

    KLIK perlu pembantu rumah?

    ReplyDelete
  2. eloklah pun kalah... kalau menang runtuh langit dek publisiti oleh puak2 pemimpin2 laknatullah tu nanti... sampai naik meluat kita tengok dia punya gebang macam lah pingat tu boleh selesaikan masalah dan kebejatan yg berlaku dlm negara.. setakat menang nak bermegah dapat apa... rakyat susah jugak, harga barang mahal jugak, RASUAH berlambak jugak, penyelewengan banyak jugak... tak da faedahpun setakat menang pingat tu... kalau boleh jual dan naikkan ekonomi negara tak palah jugak... ni terbalik kalau menang duit rakyat jugak yg kena kebas sebab nak bagi insentif itu dan ini... walhal masa berlatih dag berjuta duit rakyat habih... bermewah2 dgn makanan yg berkualiti, ubat2tan yg berkualiti bayar jurulatih dan macam2 lagi kemudahan... patutnya bila kalah bayarlah balik duit rakyat tu macam pelajar2 kena bayar duit PTPTN tu... baru adil dan ada akauntabiliti... SEPATUTNYA DIA KENA MENANG SEBAB DAH PERABIH DUIT RAKYAT UTK BUAT PERSEDIAAN LEBIH DARI BELANJA MELAHIRKAN SEORANG PELAJAR UTK MENYUMBANG KPD PEMBANGUNAN NEGARA. SETAKAT MENANG PINGAT DAPAT BERMEGAH2 AJELAH...

    ReplyDelete
  3. PM yang paling kurang ajorrrr... Haram Jadah kata kat Rakyat... Bodoh pulak pada anak muda...

    ReplyDelete
  4. Perdana menteri ni mana pernah hidup susah... lahir aje ke dunia ni... terus jadi anak perdana menteri.. hidup penuh kemewahan... bila susah sikit... MAKI Rakyat !!!

    ReplyDelete

Sahabat Blogger