![]() |
hukuman potong tangan |
Aku suruh anak aku tegur cikgu dia, walaupun cikgu itu akan marah sampai gantung persekolahan anak aku... aku cakap kat anak aku... tegur cikgu tu..."Ini tanggungjawab kita"... Mungkin cikgu itu tidak yakin dengan hukuman yang diturunkan oleh Allah...
Kisah kedua pula... semalam aku dikejutkan oleh seorang lelaki berbangsa Cina yang datang ke tempat kerja aku, menyatakan bahawa beliau menyokong hukuman hudud... " Apa salah itu hukum Hudud... orang buat salah mesti mau ajar la..." katanya. "Lu mau sokong sama itu pencuri atau itu orang kena curi... atau kena rogol... atau kena bunuh...?", tanya Cina itu lagi kat aku. Aku terdiam sejenak, sambil memikirkan cerita oleh anak aku sebelum itu...
Kita fikir-fikirkan....
Beberapa hari lepas, dalam kes berasingan, mahkamah menjatuhkan hukuman ringan kepada dua orang perogol budak bawah umur. Hukuman kepada pesalah yang merogol budak bawah umur boleh dilepaskan dari hukuman penjara dengan alasan untuk menjamin masa depan perogol tersebut yang masih muda !!?? Bukannya mengambil kira jaminan masa depan budak bawah umur yang dirogol itu...???!!! Aku amat-amat pelik...
Malaysia Tidak Aman
Sebab itulah kejadian jenayah menjadi-jadi sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Sudah menjadi TERBALIK !!! Penjenayah, perogol, pencuri, perompak, perasuah dibantu dan disokong... tetapi mangsa dianiaya... sebab itulah berlakunya semalam kisah seorang wanita yang dipotong tangannya oleh peragut... Peragut terlepas, mangsa dipotong tangannya...
Malaysia aman???? Tidak.... slogan "KEAMANAN" Malaysia hanya sekadar slogan untuk mendapat sokongan Rakyat...
salam,
ReplyDeletekes cikgu SPM gred 3 lah ni, akademik hancur nak masuk masuk bidang akademik, tak malu
KLIK Pijak gambar Najib, Tok Guru berjiwa besar