"Kalau Anwar ditakdirkan memimpin,

maka Anwar kena pastikan, jangan ada seorang Rakyat Malaysia,

Melayu, Cina, India, Dayak, Kadazan

yang hadapi dan rasa sakit derita dizalimi seperti kamu rasa."

...saksikan video untuk rakyat Malaysia

01/06/2012

Tiba-tiba Musa Hassan Buka Cerita Pasal Altantuya

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mendedahkan bahawa Tun Abdullah Ahmad Badawi pernah memanggil pimpinan tertinggi Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung tuduhan bahawa Timbalannya, Datuk Seri Najib Razak terbabit dalam pembunuhan seorang model Mongolia, Altantuya Shaariibuu.


Menurut Musa Hassan, beliau sendiri memberi taklimat kepada Abdullah - perdana menteri ketika itu - mengenai tuduhan terhadap Najib dan Rosmah.

“Saya beri taklimat kepadanya (Abdullah) saya katakan yang terlibat (ialah) Abdul Razak Baginda bersama dua anggota polis (yang telah disabitkan dengan tuduhan pembunuhan tersebut).

"Beliau (Abdullah) tanya Datuk Seri Najib ada terlibat sama? Saya kata tak ada menunjukkan dia terlibat sama,” kata Musa dalam wawancara dengan Malaysiakini.


Bekas IGP itu juga berkata, adalah tidak benar dakwaan bahawa isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor berada di tempat kejadian semasa Altantuya dibunuh.

“Saya dapati (mereka) tak terlibat," katanya sambil menambah yang melakukannya ialah dua anggota polis terbabit.


Tanya Sama Pokok, Kenapa Bergoyang...

Nanti Jawab Pokok, ada Monyet Yang Goncang...

Kenyataan ini mungkin dikeluarkan susulan daripada kes Scorpene yang sedang berjalan di Mahkamah Perancis, yang mengaitkan kepada pembunuhan Altantuya.

Yang menghairankan Rakyat Malaysa adalah sampai sekarang Rakyat tertanya-tanya apakah motif kedua-dua anggota polis yang ada kaitan dengan Najib Rosmah membunuh Altantuya?

Takkan saja suka-suka nak bunuh orang...!!!  Apa motifnya...


8 comments:

  1. Saja suka2 je dah ketagih sangat nak bunuh orang sampai sanggup gi kat depoh ATM amik C4 pun suka2 gak nak tengok macam mana tentera lontar C4,senang pulak C4 tu kuar gitu je macam beli pistol kat kedai.....dah tu pandai pula dia cari orang Mongolia baru mendarat kt KLIA dah tu dia siap suruh Pegawai Imigresen padamkan daftar masuk siMongolia ni, power rangers betul mamat mangkok 2 ekor tu wat keje...hi hi hi .....samalah macam Musa dulu angkut TILAM kat mahkamah nak suruh tilam tu bercakap yang DSAI tk pakai alas/cadar berlambak2 bertabor.....hi hi hi DSAI tido kat atas tapak Condo yg lum buat lagi.........ish ish ish....

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam sue..sy suka dan gelak2 membaca komen2 u ni.. sue memang tepat berikan komen sinis mcm tu

      Delete
    2. terbaekkk...hehehe

      Delete
  2. RPK suatu masa dulu pernah membuat beberapa pendedahan melalui blognya mengenai beberapa pemimpin tertinggi UMNO tetapi tiada tindakan pun selepas itu. tetapi kenapa baru sekarang RPK mendedahkan kes lama yg membabitkan pemimpin PR cepat2 jer semua pihak mengambil tindakan..... kalu macam tu kenapa SPRM tak siasat kes yg berprofile tinggi yg telah dilapurkan berpuluh tahun lepas.....
    Rupanya ada ketam didalam mee...

    ReplyDelete
  3. tulah lu orang polis suka buat kerja bodoh lepas tu diperbodohkan memamg polis keluarga bodohan

    ReplyDelete
  4. ITU SUDAH MENJADI KAEDAH DI MALAYSIA. UNGKIT ISU DAN KEMUDIAN BUAT SUSULAN. KOMENTAR. REPOT DAN KEMUDIAN SIASAT. TAPI KENA TENGOK DULU, IA MELIBATKAN SIAPA. KALAU PEWATAKNYA UMNO, PDRM CEPAT2 KELUAR KENYATAAN TIDAK ADA KES. TAPI KALAU DARI PR KITA AKAN SIASAT, KITA AKAN SIASAT, WALUPUN CERITA DAH BERPULUH TAHUN. SEMUANYA FAKTOR TERDESAK PERLUKAN BAHAN UNTUK KEMPEN P.RAYA, BAHAN UNTUK MENGENAKAN DAN MELIBATKAN SESEORANG SEBAGAI MEWAKILI PARTI TERTENTU. JELAS AGENDA UMNO UNTUK MENUTUP RASA MALU DARI KES YANG SEDANG DIBICARAKAN DI PARIS SANA.

    ReplyDelete
  5. Tak guna cakap banyak bro.. dakwa dimahkamah. Baru tahu betul ke salah.. ini main cakap, main sumpah.. sapa pon boleh bro.. bodohlah pada sapa yang percaya pada mamat ni! dia sangka boleh lepas ka isu altantuya dgn hanya bercerita kosong lagu ni..

    ReplyDelete
  6. Pasal Orang Lain Ia Sibuk.kena paham btul2 nama polis nih.memalukan bila segelintir manusia yg diberi kuasa lebih takutkan manusia yg ada kuasa dr yg maha brkuasa.

    ReplyDelete

Sahabat Blogger