"Kalau Anwar ditakdirkan memimpin,

maka Anwar kena pastikan, jangan ada seorang Rakyat Malaysia,

Melayu, Cina, India, Dayak, Kadazan

yang hadapi dan rasa sakit derita dizalimi seperti kamu rasa."

...saksikan video untuk rakyat Malaysia

30/06/2012

Kakitangan Kerajaan Tidak Setia Dengan BN



Pemimpin Pakatan Rakyat mengingatkan 1.4 juta penjawat awam bahawa mereka harus menjadi setia kepada Negara, Raja dan Perlembagaan Persekutuan dan bukannya setia kepada parti pemerintah.

"Mereka penjawat awam mesti ingat bahawa kerajaan hari ini boleh bertukar ganti dan parti politik yang membentuk kerajaan hari ini mereka boleh datang dan pergi ".  Jadi, jika pihak yang memerintah pergi ke kawasan yang liar dan rosak dengan penyelewengan, rasuah dan kezaliman, adakah kita semua perlu ikut? Sudah tentu TIDAK... Anda masih kekal sebagai seorang penjawat awam dan kesetiaan anda adalah untuk berkhidmat kepada awam secara professional.

Baru-baru ini wujud kebimbangan tentang kekurangan kesetiaan itu di kalangan pegawai kanan kerajaan apabila Ketua Setiausaha yang baru dilantik, Datuk Seri Ali Hamsa baru-baru ini telah memulakan tugasnya dengan “permulaan buruk” apabila membuat kenyataan yang kurang professional dengan berkata “seharusnya anda lebih tahu" daripada mempercayai "janji kosong" yang dibuat oleh Pakatan Rakyat... satu pembohongan dari Ketua Setiausaha.

Sepatutnya Ali Hamsa  sebagai penjawat tertinggi awam di negara ini, wajib menghormati Perlembagaan Persekutuan dan setia kepada Negara dan Raja.  Kesetiaan kepada negara tidak harus disamakan sebagai "kesetiaan kepada Umno dan BN" dan penjawat awam adalah terikat untuk berkhidmat dengan kerajaan hari ini mengikut Perintah Am mereka serta berkhidmat secara profesional.

Setia kepada Najib Bawa Kehancuran

Perdana Menteri juga tidak perlu digunakan perkataan ‘SETIA’ terhadapnya kerana Perdana Menteri juga boleh ditukar ganti dengan mendapat mandat Rakyat.

Semalam, Najib Razak membuat kenyataan di PWTC mengatakan, BN telah diberi mandat oleh rakyat selama lima tahun untuk menunjukkan keupayaan untuk memimpin dan mentadbir negara membawa kemajuan dan memperjuangkan rakyat... dan tidak timbul soalan ‘tidak yakin’ kerana menangguhkan PRU13.

Apa yang timbul soal ‘tidak yakin’ itu adalah... Najib bukannya dipilih oleh Rakyat Malaysia untuk menjadi Perdana Menteri, kerana beliau belum lagi mendapat mandat dari Rakyat dengan memenangi Pilihanraya Umum, tidak seperti  tahun 2008, Abdullah Badawi mendapat mandat dari rakyat untuk menjadi Perdana Menteri.

Najib hanya menjadi Perdana Menteri Malaysia hanya kerana beliau ’menang tanpa bertanding’ jawatan Presiden Umno Baru...

Soal ‘tidak yakin’ memang timbul akibat kehancuran Umno Bn sekarang ini dan juga kemerosotan yang teruk sokongan Rakyat terhadap UmnoBn sejak kebelakangan ini akibat melakukan tindakan yang merendah-rendahkan kebijaksanaan Rakyat.

Kehancuran UmnoBn, samalah juga dengan tindakan Timbalan Menteri dari Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin (kanan) yang telah mengesahkan perletakan jawatannya sebagai Ketua Bahagian Umno Kerambai Kebatu awal bulan ini.
Beliau berkata "tiada apa yang mustahil dalam politik" dan menambah bahawa dia akan membuat ‘pertukaran’ jika itu yang dikehendaki oleh pengundinya. 

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu telah secara berulang kali meminta perubahan dalam kepimpinan di Sabah dan mengatakan bahawa tidak ada ruang untuk orang-orang yang hanya "berfikir tentang masa depan kawan-kawan mereka sahaja”.

Anak-anak muda hanya ‘setia’ dengan kebijaksanaan berfikir, bukannya ‘setia’ dengan diperbodohkan oleh pemerintah...


2 comments:

  1. Pkerja awam pun layak mengundi dan ada hak masing2..pilih la guan eng dan karpal yg nak buang kakitangan awam bila dia menang nanti..

    ReplyDelete
  2. Pada bulan Mei lalu, Lim Guan Eng berucap semasa Majlis penyampaian anugerah kakitangan kerajaan, menyatakan kakitangan kerajaan yang bersekongkol dgn umnobn utk mensabotaj kerajaan PR perlu berfikir demi kepentingan rakyat... tak pernah pulak dengar nak buang kakitangan awam... mungkin berita diputarbelit drpd utusan, tv3 dan lain2 media kroni kot...

    ReplyDelete

Sahabat Blogger