"Kalau Anwar ditakdirkan memimpin,

maka Anwar kena pastikan, jangan ada seorang Rakyat Malaysia,

Melayu, Cina, India, Dayak, Kadazan

yang hadapi dan rasa sakit derita dizalimi seperti kamu rasa."

...saksikan video untuk rakyat Malaysia

22/06/2012

Kenapa Kekalahan BN Pasti Berlaku...


Sudah terlalu banyak dalil dan tanda-tanda yang menunjukkan ia akan berlaku.


Sesudah 54 tahun berkuasa dan bermaharajalela, UMNO Baru akan sampai ke penghujungnya dan sudah terlalu banyak dalil dan tanda-tanda yang menunjukkan ia akan berlaku. Tidak payah disebut dan diulangi kali ini kerana kenyataan itu sudah dirasai oleh ramai rakyat dan ia dirasakan di dalam naluri mereka yang memerhati keadaan ini.


Ia tidak usah disedihkan kerana ia perlu berlaku bagi menjauhkan negara dari terjerumus ke lembah kerosakan kepada budaya politik negara kita yang kita sayangi ini. Parti Liberal Demokrat Jepun (LDP) telah tumbang setelah memerintah negara matahari terbit itu selama 50 tahun.

LDP merupakan parti yang telah berjasa kepada negara Jepun. LDP lah yang telah membangunkan Jepun dengan begitu pantas setelah negara itu mengalami kekalahan yang menghinakan dalam peperangan dunia ke 2 dahulu.  Negara Jepun yang telah hancur lebur hasil dari ledakan bom atom di Hiroshima yang menjadi penyebab kepada kekalahan Jepun itu, telah dibangunkan kembali oleh LDP sehinggakan Jepun menjadi kuasa ekonomi yang besar di dunia ini.  Sehinggakan keributan kecil di Jepun boleh menjejaskan keadaan ekonomi dan seterusnya politik dunia, lebih-lebih lagi rantau Asia ini.

Jepun dibawah pimpinan LDP sedar yang negara itu tidak mempunyai kekuatan ‘export’ untuk apa-apa komoditi kerana Jepun merupakan negara secara ‘geographic’ nya merupakan negara yang tidak mempunyai keluasan untuk kediaman yang besar. Jepun hanya mempunyai satu pertiga kawasan negaranya yang boleh didiami oleh manusia dan negara itu tidak mempunyai hasil bumi yang besar seperti dinegara kita ini.

Mahu tidak mahu Jepun terpaksa menumpukan usahanya untuk pembangunan industri sahaja semasa itu. Pembangunan industri ‘precision’ itu telah membantu pembangunan industri yang lain kerana kos pengeluaran barangannya menjadi rendah kerana kos yang dibelanjakan terhadap ‘capital goods’ dalam sesuatu pengeluaran itu menjadi rendah. Ini ialah kerana mesin-mesin untuk mengilang itu dikeluarkan oleh negara Jepun sendiri hasil dari ‘R&D’ nya yang berjaya itu.

Di sebaliknya di negara kita sampai kehari ini kita belum pun lagi mempunyai industri Malaysia itu sendiri.  Malaysia belum lagi mempunyai barangan industri kita sendiri untuk di ‘export’ atau menjadi kegunaan masyarakat antarabangsa.  Kesemua industri yang ada di negara kita hanyalah merupakan industri ‘footloose’ yang boleh di pindah dan di anjak kemana-mana oleh pengilang-pengilang antarabangsa yang ada disini.

Malahan banyak di antara kilang-kilang gergasi kepunyaan negara lain yang beroperasi di negara kita telah memindahkan operasinya dinegara-negara jiran kita seperti Thailand dan Vietnam.

Kesilapan

Begitulah besarnya jasa LDP kepada negara Jepun tetapi setelah memerintah selama lima dekad rakyat menolak parti itu kerana kepentingan negara dan rakyat.  LDP telah melakukan kesilapan demi kesilapan kerana mereka (LDP) telah mengambil segala-galanya ‘for granted’ kerana telah terlalu biasa dengan kuasa yang rakyat mandatkan.

Rakyatnya mementingkan kepentingan negara sebagai perkara yang utama.  LDP sudah mula diselaputi oleh kegiatan rasuah dan salahguna kuasa dan kadar rasuahnya tidaklah sebesar apa yang berlaku di negara kita.  Itu pun rakyat Jepun menolaknya setelah berjasa kepada Jepun selama lima puluh tahun.

Itulah sebabnya jika UMNO Baru mengungkit-ngungkit apa yang mereka telah lakukan terhadap rakyat dan meminta rakyat mengenang jasanya untuk meneruskan kuasa itu, ia merupakan satu penginiayaan kepada negara sendiri.  UMNO Baru mahukan rakyat mengenang jasa-jasa lama dan melupakan sahaja isu rasuah yang berluas-luasa yang mereka lakukan.  Bagi UMNO Baru ‘aku boleh rasuah kerana aku telah lama berjasa’ itu merupakan budaya dan pemikiran yang amat hina terhadap rakyat.

UMNO Baru telah mengungkit sampai ke perkara yang kecil dan di kampung saya suatu ketika dahulu pemimpin UMNO Baru mengungkitkan bantuan gigi palsu sebagai cara untuk menyambung sokongan terhadap mereka (UMNO) Baru.

Kita perlu mengambil contoh yang baik seperti contoh yang dilakukan oleh rakyat Jepun.  Mereka (rakyat Jepun) mengutamakan nasib dan masa depan negara.  Mereka tidak termakan dengan cerita jasa lama dan membiarkan negara mereka dipunah ranahkan oleh pemimpin- pemimpi parti yang telah berjasa lebih besar kepada rakyatnya dari jasa UMNO Baru kepada rakyat Malaysia.

Kita juga elok mengkaji apa yang berlaku kepada Parti Kongress India yang telah ditumbangkan oleh rakyat negara India setelah hampir lima dekad berjasa kepada negara demokrasi terbesar di Asia itu.

Semuanya mengambil giliran untuk turun apabila masanya tiba.

Begitu juga Parti Golkar dari Indonesia.  Ini semuanya merupakan contoh-contoh yang hampir dengan kita yang sejarahnya masih baru dan muda. Kita tidak payah membaca tentang sejarah lama seperti kejatuhan Empire Roman dan sebagainya.

Apa yang berlaku disekeliling kita sudah memadai untuk dijadikan contoh dan teladan.


No comments:

Post a Comment

Sahabat Blogger