Semalam, bekas pemain pertahanan kebangsaan, Shebby Singh, dilantik sebagai pengarah bola sepak kelab Liga Inggeris, Blackburn Rovers, oleh pemiliknya.
Blackburn Rovers adalah satu pasukan bolasepak di England,
bukannya sebuah pasukan di negara Malaysia.
Tetapi bagaimana sebuah pasukan bolasepak di England, boleh mengambil
seorang pakar bolasepak dari Malaysia, sedangkan FAM langsung tidak pandang
kepada profesional-profesional ini untuk di gunakan khidmat mereka di Malaysia.
FAM yang menghadapi kemelut sehingga disaman oleh Annuar
Musa, adalah satu contoh orang berkuasa membunuh mutu kesukanan di negara ini.
Apa salahnya jika benar untuk menaikkan mutu bolasepak di negara ini, wajarlah diletakkan orang-orang yang profesional dan pakar dalam bolasepak untuk mentadbir FAM, bukannya hanya yang ada kuasa menjadi penggeraknya.
Jadi, macam itulah mutu bolasepak Malaysia yang hanya berjaya setakat peringkat Asia Tenggara sahaja…
Cerdik Pandai Pula Akan Lari ke Luar Negara
Dasar Pekerjaan terbaru yang akan dilaksanakan oleh kerajaan
Australia yang memberikan Visa kepada 30,000 pelajar dan graduan Malaysia di
sana, hampir pasti akan menjadikan ia satu paku terakhir untuk keranda kerajaan
Malaysia yang mengamalkan penipuan, hutang yang tinggi, defisit dan pengaliran
keluar cerdik pandai di negara ini.
Mereka yang belajar di Australia , pasti akan terus bekerja
di Australia di mana mereka boleh menikmati gaji yang lebih besar, kebebasan
dan prospek yang lebih besar dalam kedua-dua kehidupan dan kerjaya, yang mana
akan menyaksikan penghijrahan bakat rakyat negara ini ke luar negara.
Kerajaan Australia dapat menjadi begitu proaktif dan cepat
merebut peluang sementara kerajaan kita sendiri begitu lesu dan hanya berdiam diri?
Hakikatnya adalah bahawa kegagalan kerajaan Malaysia menangani
kelemahan asas di negara ini mengenai dasar yang gagal memberikan ganjaran ke
atas meritokrasi, kita tidak akan dapat mencapai status negara berpendapatan
tinggi yang sering di laungkan oleh Najib Razak.
Ditambah pula dengan Defisit negara yang terus meningkat, yang
akan mencapai RM59.7 bilion selepas bajet tambahan yang dibentangkan minggu
lepas, Hutang Negara yang akan mencapai paras RM500 bilion menjelang akhir
tahun ini, tidak termasuk liabiliti luar jangka, dan penipuan berterusan oleh
sebuah kerajaan yang cuba untuk menarik mereka kembali ke Malaysia dengan berita
yang indah khabar dari rupa...
No comments:
Post a Comment