"Kalau Anwar ditakdirkan memimpin,

maka Anwar kena pastikan, jangan ada seorang Rakyat Malaysia,

Melayu, Cina, India, Dayak, Kadazan

yang hadapi dan rasa sakit derita dizalimi seperti kamu rasa."

...saksikan video untuk rakyat Malaysia

14/12/2012

2 Ahli Parlimen Berjaya Tuntut Gantirugi Kes BERSIH 2.0


Terbukti!  Bersih 2.0 adalah perhimpunan aman yang sah..!!!

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan, penahanan dua orang Naib Presiden PAS, YB Salahudin Ayub dan YB Datuk Mahfuz Omar sewaktu perhimpunan BERSIH 2.0 dilakukan secara SALAH !!!

Hakim Dr Prasad Sandosham Abraham juga memutuskan supaya Kerajaan dan Polis DiRaja Malaysia supaya membayar RM70,000 setiap seorang daripada mereka.

Keputusan itu dibaca di Mahkamah Tinggi Shah Alam memandang Dr Prasad kini ditugaskan di mahkamah tersebut.

Peguam Zulhazmi Shariff ketika dihubungi, berkata kedua-dua pemimpin PAS itu memfailkan tuntutan sivil meminta gantirugi kepada Kerajaan Malaysia dan PDRM ke atas penahanan salah terhadap mereka sewaktu perhimpunan itu.

Tuntutan itu difailkan pada 8 Ogos 2011 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

TAHNIAH RAKYAT !!!


No comments:

Post a Comment

Sahabat Blogger