"Kalau Anwar ditakdirkan memimpin,

maka Anwar kena pastikan, jangan ada seorang Rakyat Malaysia,

Melayu, Cina, India, Dayak, Kadazan

yang hadapi dan rasa sakit derita dizalimi seperti kamu rasa."

...saksikan video untuk rakyat Malaysia

25/09/2012

PR akan guna Jet dan Helikopter untuk berkempen PRU13


Kalau boleh pihak UmnoBn dengan segelintir penyokong-penyokong mereka mahukan Anwar dan pemimpin Pakatan Rakyat pergi berkempen ke Sabah Sarawak dengan naik sampan dari semenanjung.  Mereka buat-buat pelik dan memfitnah macam-macam jika sesuatu yang dilakukan PR di luar jangkaan mereka.
 
Ini zaman sains dan teknologi berinternet la… semuanya pantas.  Kalau macam dulu pemimpin PR nak berkempen ke Sabah Sarawak, selalunya naik kapalterbang MAS ataupun Air Asia.  Itupun kadang-kadang terpaksa melencong ke tempat lain dulu kononnya ada masalah teknikal, seperti beberapa bulan lepas penerbangan Anwar Ibrahim terpaksa batal kedatangan beliau ke satu program di Sabah akibat masalah “teknikal” itu.

Dalam PRU 13 nanti, Pakatan Rakyat akan mengusahakan satu pendekatan bijak dan efektif untuk menangani masalahmasalah yang sebelum ini dihadapi semasa kempen pilihanraya terutamanya di Sabah dan Sarawak.


Petugas Pilihanraya terpaksa naik bot setengah hari lamanya untuk sampai ke Pusat Pengundian dan terpaksa bermalam untuk bertugas di tempat tersebut.

Pemimpin –pemimpin PR juga terpaksa menaiki bot dan meredah hutan untuk pergi berkempen ke kawasan pedalaman.

PR akan guna Jet untuk kempen pilihanraya di Sabah dan Sarawak

Dato’ Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata bahawa jika diberi peluang, dia mahu menggunakan eksekutif jet yang disewa bagi tujuan berkempen pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata beliau dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat lain telah menggunakan jet eksekutif untuk terbang dari Subang ke Labuan baru-baru ini dengan persetujuan seorang kenalan.
 
Ketua Umum PKR itu tidak mendedahkan pemilik pesawat, tetapi berkata bahawa semua rekod yang berkaitan dengan jet boleh diperolehi dari Jabatan Penerbangan Awam (DCA).

"Saya tidak melihat sebarang masalah (menggunakan jet).  Jika diberi peluang, saya mahu menyewa satu lagi, terutama untuk kegunaan semasa pilihan raya umum," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen.

Satu gambar yang diterbitkan Anwar dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat (PR) berada di dalam jet eksekutif digunakan oleh penyokong Bn yang terkejut untuk memfitnah pimpinan PR.  Bagi mereka, pemimpin-pemimpin PR sering menuduh pemimpin kerajaan menjalani kehidupan yang mewah dan berlebih-lebihan, walaupun isu jet ini langsung tidak ada kena mengena dengan tuduhan mereka.

 Treler dan Bas adalah kaedah terkini dan efektif untuk berkempen dalan pilihanraya.  Segelintir orang UmnoBn terkejut beruk dengan cara berkempen canggih Pakatan Rakyat

Anwar mendakwa bahawa pemilik jet pernah menghubunginya untuk memudahkan perjalanan dari Kuala Lumpur ke Labuan dan Sabah, dan dia (Anwar) mengambil tawaran itu.  Lagipun jika semua pemimpin Pakatan Rakyat menaiki penerbangan Air Asia, kosnya lebih mahal… lebih baik menyewa jet dari seorang kawan yang menyokong Pakatan Rakyat.

"Saya periksa untuk menentukan sama ada terdapat sebarang unsur kepentingan (pemilik jet) di Selangor, tetapi tidak ada.  Kebimbangan saya adalah bahawa dia mungkin mahu tanah atau kontrak di Selangor ... tetapi tidak ada benda itu, dia (pemilik jet) kata tak ada kepentingan di negeri-negeri Pakatan Rakyat" katanya.


3 comments:

  1. pendekatan tu kire cantik dah. tapi tak payah laa bergambar posing gitu gini. kan dah terlepas kat org. minit mesyuarat yang sulit pun bleh terlepas

    ReplyDelete
  2. Alahai... Anak muda tak pandang isu remeh temeh bergambar posing la... Mesyuarat bocor la... Banyak perkara besar untuk pastikan kehidupan rakyat yg makmur dengan kos kehidupan rendah..kehidupan sosial terbela ikut Islam.. Rasuah Bn menjahanamkan negara..Pendidikan anak2 percuma.. Hidup harmoni antara kaum.. Bukannya pecah perintah kaum sampai guna samseng.. BN perintah TIADA keamanan di negara ini nanti.

    ReplyDelete
  3. Anonymous2/10/12

    salam,

    kita akan gunakan apa sahaja utk menang sama juga seperti mereka ( ̄^ ̄)

    KILK untung banyak bayar gaji ciput

    ReplyDelete

Sahabat Blogger