Kesan daripada sokongan Rakyat yang semakin
hari semakin ramai yang menyokong dan faham kepentingan menukar kerajaan
UmnoBn, maka kegelisahan UmnoBn semakin ketara.
Walaupun Najib telah membayangkan akan mengadakan
pilihanraya ke-13 dalam bulan November, tetapi dalam UMNO terdapat pergerakan
yang semakin meningkat untuk menggulingkan dan menggantikan beliau dengan
timbalannya Muhyiddin Yassin sendiri yang dipercayai mempunyai sokongan
bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad.
5 Peristiwa Yang Memalukan
3.6 Juta Tweet Dalam Tempoh
Sejam
Menteri Penerangan Rais Yatim mendakwa
kejayaan sokongan 3.6 juta tweet “mesej Hari Kebangsaan tahniah hashtag Najib #
Merdeka55” telah dicatatkan hanya dalam satu jam pada 31 Ogos, tetapi rakyat
Malaysia anggap ini hanya satu ‘pembohongan berani’ dan 'rekod dunia' yang telah
dipalsukan.
Menurut firma penyelidikan media sosial,
Politweet, "Peningkatan "corak ganjil" dalam twitter, di mana
"blok besar” tweet yang sama telah dihantar pada masa yang sama dan hanya
5 tweet diterima dari luar negara - Myanmar, Switzerland, Britain, Indonesia
dan Singapura”.
kantoi... |
"Siasatan lanjut menunjukkan bahawa
satu kumpulan kecil pengguna adalah bertanggungjawab bagi jumlah besar tweet.
Pengguna ini mempunyai ciri-ciri yang serupa, misalnya akaun tarikh penciptaan,
gambar profil, lokasi dan pengikut", Politweet berkata dalam satu laporan.
Rakyat telah menuduh penganjur menipu dengan
menggunakan "bots" untuk satu gambaran palsu kekuatan politik. 'Bot' adalah program komputer yang direka
untuk menghantar jawapan automatik kepada perkhidmatan.
Baling Kasut Dalam
Masjid
Tidak ubah seperti Zionis, sekumpulan ahli
Perkasa bertindak ganas dengan menyerang Dato’ Seri Anwar Ibrahim ketika
menyampaikan tazkirah Maghrib di sebuah masjid di Seberang Pumpong, Alor Star,
Kedah.
Tindakan biadap itu tercetus apabila
beberapa ahli Perkasa berhimpun dan memulakan provokasi dan seterusnya memadam
lampu masjid dan alat pembesar suara berulangkali, mengeluarkan kata-kata kesat
dan membaling kasut ke dalam masjid ketika tazkirah disampaikan.
Ketua Perkasa yang dikenali sebagai Dato
Yusof dikatakan mengugut bertindak lebih keras sekiranya Anwar tidak
menghentikan kuliahnya serta-merta, bahkan turut menghalau imam keluar dari
masjid berkenaan.
Itulah Perkasa yang disokong dan ditaja
oleh Umno untuk mengkucar-kacirkan negara apabila UmnoBn kalah dalam
pilihanraya nanti. Serangan Perkasa
terhadap Masjid mengingatkan kita puak Yahudi Israel yang menyerang masjid.
Mungkinkah Perkasa akan lakukan seperti Yahudi Israel membakar masjid? |
Pijak Gambar
Macam sudah kekeringan isu, pijak gambar
Najib dan Rosmah pun dijadikan isu besar.
Betapa hipokrit dan penipunya mereka ini yang buat-buat buta dan lupa kes budak UmnoBn kencing gambar Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Hadi Awang, membakar dan memijak gambar Lim Guan Eng, memijak gambar Tan Sri Khalid Ibrahim dan sebagainya. Rakyat memerhatikan gelagat pemimpin UmnoBn yang cuba perbodohkan Rakyat dengan isu remeh dan berat sebelah.
Suspek yang ditahan, digari dan dibuang kolej..!?? Dengan memberi alasan yang memperbodohkan Rakyat...
Gambar Photoshop
Awal minggu ini, Najib telah dihina apabila
media yang dikawal kerajaan telah menyiarkan gambar yang telah diedit (doctored)
untuk memberi tanggapan orang ramai yang besar dan memuja beliau semasa rumah
terbuka Hari Raya.
Agensi berita Bernama telah menafikan
tuduhan tetapi ramai rakyat Malaysia yakin memandangkan bilangan besar keganjilan
dijelaskan dalam gambar.
"Najib telah dituduh menggunakan
Bernama untuk ubah gambar Raya 100,000 orang yang pergi ke rumah terbuka. Sudah
tentu, ini akan membuat panglima perang Umno seperti Bernama lebih melompat
gila," naib presiden PKR Chua Jui Meng berkata.
Sang Saka Malaya
Dalam tahun 1940-an, Sang Saka Malaya adalah
panji perjuangan PKMM dalam menuntut kemerdekaan ditanah Melayu. Panji ini juga pernah berkibar megah di negara
ini, walaupun bukan secara rasminya ia bendera negara ini pada masa sebelum
merdeka.
Sebab itu anak-anak muda merasakan bendera
ini layak dikibar pada malam kemerdekaan selain dari Jalur Gemilang. Penuh dengan pelbagai cerita pahit maung
perjuangan disebalik sang saka Malaya ini.
“Bukannya niat anak-anak muda nak tukar bendera Malaysia!”, satu
pembohongan media milik UmnoBn untuk mereka-reka isu.
Bendera Persekutuan Tanah Melayu |
Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan
Sosio-Budaya Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Zainal Kling juga
berkata, bendera Sang Saka itu memang sering digunakan oleh negeri-negeri
Nusantara sejak dahulu lagi, namun ia bukanlah bendera asal Tanah Melayu, sebab
bendera asal Persekutuan Tanah Melayu adalah yang menyerupai bendera Jerman!
No comments:
Post a Comment