Selepas bekas Bendahari Umno Sabah, Ibrahim Menudin
menyertai Pakatan Rakyat di Labuan, bekas ketua Umno Bahagian Tanjung Aru,
Sabah yang juga bekas Naib Presiden PERKASA, Yahya Lampong pula sah menyertai Pakatan
Rakyat !
Majlis sambutan perayaan Hari Malaysia ke-49 yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat bergegar lagi di Sabah!
Majlis tersebut disaksikan ketiga-tiga pemimpin utama
Pakatan Rakyat iaitu Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, Presiden PAS, Tuan Guru
Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang,
Lim Guan Eng. Turut hadir Timbalan
Presiden PAS, Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali,
Program yang dihadiri
lebih 8,000 penyokong Pakatan Rakyat dalam keadaan hujan lebat, sedikit pun
tidak mematahkan semangat rakyat Sabah bersama-sama dengan pemimpin Pakatan
Rakyat meraikan sambutan Hari Malaysia serta pengumuman kemasukan Yahya.
No comments:
Post a Comment