Pakatan Rakyat sudah mencadangkan dalam
pembentangan belanjawan minggu depan untuk mengatasi isu perumahan mampu milik.
Dalam masa yang sama, Najib Razak juga dijangka
akan meniru PR dalam menyentuh isu perumahan mampu milik bagi Belanjawan 2013
yang akan dibentangkan di Parlimen pada 28 September.
Walaupun Program Perumahan Rakyat 1Malaysia
(PR1MA) telah dilancarkan dua tahun lalu, tetapi Rakyat melihat program
tersebut hanyalah “wayang” yang
dimainkan oleh Najib dan konco-konconya.
Program yang hanya memberi sedikit manafaat kepada segelintir rakyat,
tetapi yang pasti kroni-kroni mereka yang mendapat laba dari projek tersebut.
Selama ini kerajaan Bn bersikap tidak
bertanggungjawab terhadap Rakyat kerana menyerahkan segala tanggungjawab
penyediaan perumahan kepada kontraktor dan pemaju swasta, akibatnya harga rumah
menjadi tinggi akibat pengambilan keuntungan oleh pemaju dan kontraktor.
PR ada sistem yang terbaik membekalkan perumahan
mampu dimiliki
Namun, PR tidak akan dapat menyelesaikan isu ini dalam
sekelip mata. Ia akan mengambil masa
sehingga tahun ketiga kerana masalah ini tidak boleh boleh diselesaikan dengan
cepat walaupun dalam satu atau dua tahun, kerana isu ini berkaitan dengan kos
dan ia akan berjaya dilaksanakan apabila PR keluarkan dasar yang sentiasa
memberi satu aliran tunai yang betul.
Di bawah kepimpinan Anwar Ibrahim nanti,
Pakatan Rakyat sudah pasti dapat melaksanakan cadangan tersebut, kerana bekas
menteri kewangan ini sudah membuktikan bahawa beliau telah melaksanakan
dasar-dasar perumahan rakyat semasa beliau di dalam kerajaan.
Pada tahun 1995, Dato’ Seri Anwar Ibrahim
telah mengilhamkan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang telah membantu
Rakyat miskin dan daif di negara ini. (Rujuk Wikipedia).
Kita juga mesti ingat, kuarters kediaman
polis yang mereka duduki sekarang adalah hasil perjuangan Dato' Seri Anwar
Ibrahim. Anwarlah yang bermati-matian
meminta disegerakan semua projek perumahan anggota polis pada masa Anwar di
dalam kabinet. Anggota polis yang selama
ini duduk di rumah setinggan dan duduk di barrack satu bilik seharusnya
bersyukur kerana kini dapat duduk di barrack tiga bilik.
Malah, Dato’Seri Anwar Ibrahim juga yang
telah meluluskan perumahan Angkatan Tentera Malaysia antara yang terbesar di negara ini, semasa beliau
di dalam kerajaan dulu.
Pada tahun 2007, beliau telah menuntut agar
kadar faedah pinjaman perumahan bagi penjawat awam pada tahap 4% sekarang
diturunkan segera sekurang-kurangnya kepada 2.5% hingga 3.5% sebagai permulaan,
demi untuk meningkatkan kemampuan para penjawat awam memiliki rumah sendiri.
Tahun ini, sekali lagi Dato’ Seri Anwar yang
dipertanggungjawabkan sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, telah membantu
kerajaan negeri menjayakan pemulihan lebih 40 kawasan perumahan terbengkalai. yang
sebenarnya bukan tanggungjawab kerajaan negeri tetapi kerajaan persekutuan Bn
yang gagal jalankan tanggungjawab.
Perumahan dibaikpulih, di Bukit Botak ,Selangor |
Rakyat Bijak Menilai
Kalau projek terbengkalai, yang menang
pemaju, pembeli sengsara – hutang kena bayar tapi rumah tak ada. Sebab itu dasar perumahan sedia ada harus
diubah supaya mengutamakan rakyat, bukannya menguntungkan kroni.
Kerana dasar sedia ada membebankan rakyat… Rakyat
perlu menilai.
salam,
ReplyDeletepprt dikebas oleh sedare mare ahli umno juge rakyat miskin yg xde parti terpakse menunggu, xcaya sila check
KLIK 40k siwazah masih menganggur