"Kalau Anwar ditakdirkan memimpin,

maka Anwar kena pastikan, jangan ada seorang Rakyat Malaysia,

Melayu, Cina, India, Dayak, Kadazan

yang hadapi dan rasa sakit derita dizalimi seperti kamu rasa."

...saksikan video untuk rakyat Malaysia

06/09/2012

Anak Muda Anggap Najib Berlidah Biawak


Kedengaran suara sekumpulan anak muda melaungkan “Najib Hipokrit!” selepas program Hari Raya yang dihadiri Najib di Kampung Tasek Tok Lebai, Besut, Terengganu hari ini.  Bagaimanapun mereka beredar selepas itu kerana tidak mahu sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.

Kejadian itu yang berlaku sepintas lalu, walaubagaimanapun dapat menggambarkan bahawa anak-anak muda sudah tidak tahan lagi diperbodohkan oleh Najib dan UmnoBn lagi.

Dalam ucapan Najib di program tersebut, beliau menyentuh isu anak-anak muda yang memijak gambar beliau dan Rosmah, isteri beliau.  Najib berkata bahawa beliau boleh menerima permohonan maaf dari anak-anak muda ini tetapi beliau juga menyatakan bahawa undang-undang juga mesti dihormati.

"Tidak ada masalah.  Saya bersedia untuk bertemu dengan sesiapa sahaja, tetapi prinsip, proses undang-undang tidak boleh dikompromi dan kes mesti teruskan.“  Najib berkata semua orang mesti menghormati undang-undang.

Dalam kes tersebut seorang pelajar sebuah kolej swasta , Muhammad Amar Rahimi Abdul Rahman, telah dibuang dari pengajiannya di kolej tersebut.  Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sama ada pelajar boleh merayu untuk meneruskan pengajian beliau tidak akan bergantung kepada budi bicara kolej.


Sebab itu semua ini hanyalah ‘Hipokrit’


Kalau di dalam kes seorang pemain boling kebangsaan, Noor Afizal Azizan, berusia 21 tahun boleh terlepas hukuman penjara atas kesalahan merogol seorang budak perempuan bawah umur, dengan alasan untuk menjaga masa depan pemain boling tersebut, (tanpa ambilkira masa depan budak perempuan itu), inikan pula hanya satu isu kecil memijak gambar yang terpaksa dibuang kolej dan menjejaskan masa depan anak muda tersebut...!

Anak-anak muda juga terkejut dengan sikap hipokrit yang ditunjukkan oleh polis yang telah menggari seorang gadis bagi membantu siasatan dalam kejadian mana gambar Perdana Menteri telah dipijak pada malam Hari Merdeka.


Ketua Polis KL, Mohmad Salleh mempertahankan anggotanya dengan berkata perkara itu dianggap biasa dan sebarang penangkapan, suspek boleh digari.

Tetapi yang pasti, suami Sharizat Jalil tidak digari langsung dalam kes Lembu NFC, dan yang paling jelas sekali orang yang didapati salah dan dijatuhi hukuman oleh mahkamah juga langsung tidak digari oleh polis… Khir Toyo… Apa macam?!!!

Sebab itulah anak-anak muda dah makin meluat  dengan pemerintah dari UmnoBn sekarang ini..!


2 comments:

  1. Anonymous7/9/12

    salam,

    undang-undang double standard, bila perkasa buat benda yg sama kepada KM LGE tiada tindakan diambil.

    KLIK model sambilan mohon maaf pijak potret Najib

    ReplyDelete
  2. bila nak menerima kemaafan orang, tak perlulah ada tetapi-tetapi... memang hipokrit najib ni... dari dulu lagi...

    ReplyDelete

Sahabat Blogger