"Kalau Anwar ditakdirkan memimpin,

maka Anwar kena pastikan, jangan ada seorang Rakyat Malaysia,

Melayu, Cina, India, Dayak, Kadazan

yang hadapi dan rasa sakit derita dizalimi seperti kamu rasa."

...saksikan video untuk rakyat Malaysia

30/01/2012

UmnoBn DiPerdaya Orang Asli... Rakyat Semakin Bijak


Kongres Senoi Asal Orang Asal yang bersejarah telah diadakan hari ini di Tapah, Perak.  Program yang bermula pada jam 9.00 pagi tadi telah menghadapi satu cabaran besar apabila hanya 3 orang sahaja yang mendaftar sebagai peserta.

Program tersebut dicabar lagi dengan arahan YDP Majlis Perbandaran yang telah diberi tekanan oleh pemimpin UmnoBn supaya semua bendera Pakatan Rakyat yang dipasang sepanjang jalan ke dewan program dirampas walaupun usaha-usaha memasang bendera dilakukan oleh Orang-Orang Asal tempatan di situ yang bertungkus lumus menjayakan program bersejarah tersebut.


Seorang penganjur program telah memaklumkan program ini kemungkinan akan gagal, kerana pada masa yang sama pihak UmnoBn telah mengadakan satu program menyampaikan wang RM500 kepada kesemua Orang-orang Asal yang diadakan di sebuah sekolah berhampiran.

Pada jam 10.00 pagi, program yang sepatutnya telah bermula dengan kehadiran pimpinan Pakatan Rakyat, masih lagi terpaksa ditangguhkan sebentar bagi menerima pendaftaran peserta lagi.

Kebijaksanaan Orang Asal Yang Sudah Sedar

Dari minit ke minit masa berlalu.... semakin lama waktu berdetik, semakin ramai Orang-Orang Asal mula hadir mendaftarkan diri mereka untuk menyertai Kongres tersebut.  Rupa-rupanya selepas majlis penyerahan BR1M $500, mereka beramai-ramai terus hadir ke Kongres Senoi Asal Orang Asal yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat.

Salah seorang Orang Asal yang ditemui berkata...”mereka bagi $500, kita ambil dulu... tapi sokongan kami sudah tetap bersama Pakatan Rakyat...”


Kalau sesiapa yang hadir ke Kongres tersebut, kita dapat menyaksikan kebenaran kata-kata mereka yang benar-benar sudah menyokong Pakatan Rakyat. 

Program dimulakan dengan tayangan klip video isu-isu semasa.  Diikuti dengan ucapan berisi oleh YB Elizabeth Wong dan didengari dengan khusyuk oleh para peserta.


Kemuncak Kongres ini, ketibaan Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang disambut oleh kumpulan penari kebudayaan Orang Asal pada jam 12.30 tengahari disusuli dengan ucapan perasmian DSAI seterusnya melakukan acara simbolik dengan melakukan ‘sumpitan’ tradisional memecahkan belon-belon kekejaman, rasuah dan kehancuran UmnoBn.


Selepas majlis berehat, Dato’Seri Nizar Jamaluddin menyampaikan ucapan, disusuli dengan sessi soal jawab bersama pimpinan Pakatan Rakyat.
Ucapan diserikan lagi oleh wakil DAP, seorang berbangsa Inggeris kacukan Orang Asal yang telah menetap di kawasan orang Asal sepanjang hidupnya.  Beliau adalah seorang peguam.

Dengan kejayaan Kongres Orang Asal ini, terutamanya dengan kehadiran Anak-Anak Muda Orang Asal, telah memberikan satu suntikan semangat kepada generasi baru untuk terus melakukan perubahan ke arah kemakmuran Rakyat Malaysia.


2 comments:

  1. Orang-orang Asal pun sangat bijak sekarang..! Bagaimana rakyat yang lebih celik maklumat selama ini? Tak mahu bertukar kah? Pikiaq..pikiaq..! Jangan ketinggalan..! Jom kita ubah ramai-ramai..Tukaq keraaajaan..!

    ReplyDelete

Sahabat Blogger