"Kalau Anwar ditakdirkan memimpin,

maka Anwar kena pastikan, jangan ada seorang Rakyat Malaysia,

Melayu, Cina, India, Dayak, Kadazan

yang hadapi dan rasa sakit derita dizalimi seperti kamu rasa."

...saksikan video untuk rakyat Malaysia

11/01/2012

Pakatan Rakyat Diharamkan & Diisytihar Kumpulan Pengganas



Mungkinkah ini yang akan terjadi ??? Jika ......

"Mahkamah Tinggi telah membuat keputusan BERSALAH terhadap Anwar Ibrahim dan dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun..."


KBOOOM ! KBOOOOM ! KBOOOMMMMMM !!!!!!


"Berikutan keputusan mahkamah menjatuhkan hukuman terhadap Anwar Ibrahim, 5 biji bom telah meletup dan 20 orang ramai telah mengalami kecederaan parah  dan beberapa buah kenderaan rosak teruk di kawasan persekitaran Mahkamah tinggi, Kuala Lumpur..." - Utusan.




Perdana Menteri yang kini berada di negara Afrika telah menyampaikan rasa dukacitanya terhadap kejadian itu yang diibaratkan sebagai perbuatan pengganas.


Menteri Dalam Negeri telah mengarahkan siasatan terperinci, dan di dalam laporan awal menunjukkan perbuatan khianat ini telah dilakukan oleh AHLI PAKATAN RAKYAT yang kecewa dengan keputusan mahkamah.




Pihak kerajaan mengambil berat kes ini dan mahukan Pakatan Rakyat mengambil tanggungjawab dalam kejadian ganas tersebut.  Mana-mana pihak yang didapati salah akan dikenakan tahanan Tanpa Bicara dan pihak terbabit juga akan diisytiharkan sebagai PENGGANAS.


------------------------------------------------------------------------------


Apa kesudahan kes ini?


Anak-anak muda di negara ini ingin tahu apakah hasil siasatan pihak polis dalam kes yang BESAR ini, kerana belum pernah dalam sejarah berlakunya letupan bom yang melibatkan Perhimpunan Aman rakyat di Malaysia ini.  Kita pasti terdapatnya Kamera Litar Tertutup (CCTV) di kawasan mahkamah tersebut terutamanya satu Perhimpunan Aman sedang diadakan di situ.


Cuba bandingkan dengan kes ini yang melibatkan penyokong Perhimpunan 901...



Tiga lelaki didakwa conteng 'Turun Tibai Rosmah' - sumber Malaysiakini 

Tiga lelaki hari ini mengaku tidak bersalah atas tuduhan menconteng harta awam berhubung grafiti dengan tulisan "TTR 901 Turun Tibai Rosmah" yang didakwa dilakukan individu berkenaan pada satu struktur bangunan Stesen Komuter Angkasapuri pada jam 6.10 pagi.

Pertuduhan dijalankan di hadapan Majistret Zaki Asyraf Zubir mengikut Seksyen 15 (2) Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Zaki Asyraf menetapkan jaminan sebanyak RM2,000 untuk setiap tertuduh.



.

No comments:

Post a Comment

Sahabat Blogger