"Kalau Anwar ditakdirkan memimpin,

maka Anwar kena pastikan, jangan ada seorang Rakyat Malaysia,

Melayu, Cina, India, Dayak, Kadazan

yang hadapi dan rasa sakit derita dizalimi seperti kamu rasa."

...saksikan video untuk rakyat Malaysia

11/01/2012

901: Najib Akan Dicakar Ahli Umno


Bak seekor helang yang tenang di udara, telah mengeluarkan kuku tajamnya
yang kotor dengan bakteria sisa daging mangsanya dan kuat mencengkam mencederakan mangsa sehingga menemui ajal.


Burung-burung helang Umno tidak akan menerima dengan baik untuk pembebasan Anwar Ibrahim dan berkemungkinan mereka akan menyalahkan Presiden mereka sendiri, Najib Tun Razak kerana mereka lebih berminat untuk mengekalkan langkah-langkah yang kukuh dan mencengkam yang sering digunakan pada masa lalu apabila berhadapan dengan pembangkang.

Keadaan ini dijangka mencetuskan konflik di dalam Umno.  Sudah tentu perbalahan dalaman dan kekecewaan yang dipanaskan telah dibakar, lantas menggoyang bahagian-bahagian Umno di seluruh negara.


Najib Jatuhkan Maruah Mahathir

Selama hampir 14 tahun, Anwar Ibrahim difitnah dan dipenjarakan selama 6 tahun, Mahathir pasti mahukan kesudahan yang membuktikan Anwar benar-benar bersalah, kerana Mahathir adalah orang pertama yang memulakan fitnah jahat terhadap Anwar.

Adakah Mahathir bersetuju Anwar dibebaskan… ???  Jika ya… sudah pasti beliau dianggap oleh rakyat dan ahli Umno menjilat kahak ludah beliau sendiri. 

Malah ada yang mengatakan Dr M mendesak Anwar dihukum penjara serta-merta, tetapi atas nasihat undang-undang dari pejabat Peguam Negara bahawa langkah itu akan terlalu bertentangan dengan amalan undang-undang yang sedia ada dan mencetuskan kebencian yang lebih besar bagi sistem undang-undang Malaysia.

Ketakutan Mahathir yang paling besar adalah Anwar kekal berada di luar, kerana Mahathir hanya mengambil berat tentang Mukhriz yang dirancang untuk menjadi PM akan datang.  Sekiranya Anwar tidak berada dibelakang tirai besi, maka peluang Mukhriz, akan dikurangkan sehingga kosong.

Menurut pemerhati parti, broker kuasa Umno dan bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad yang telah bertegas untuk membuktikan Liwat II berkeputusan Anwar didapati bersalah, dan kalau keputusan sebaliknya, beliau akan menyokong Muhyiddin untuk memastikan kekalahan Najib di dalam Umno itu sendiri.

Begitulah pemimpin Umno yang hanya mementingkan survival politik masing-masing sehingga sanggup mencantas dan sembelih orang sendiri demi kuasa...




.

No comments:

Post a Comment

Sahabat Blogger