DNA Anwar telah diambil daripada botol mineral,tuala 'Good Morning', berus
gigi serta sehelai rambut tanpa pengetahuannya semasa beliau ditahan dengan sengaja di lokap pada 16 Julai 2008.
DNA tersebut diperolehi melalui air liur pada botol mineral, DNA dari peluh yang terdapat di atas lantai simen lokap dan tuala, DNA dari rambut Anwar yang gugur, dan DNA dari berus gigi semasa di dalam lokap.
DNA bukan air mani…Air mani bukannya satu-satunya DNA
Pakar DNA Australia, Dr Brian McDonalds, menyatakan DNA Lelaki 'Y' yang cuba di bawa ke mahkamah tempohari, bukannya datang dari air mani atau sperma. DNA itu datang dari sumber lain, seperti air liur, peluh, rambut dan sebagainya.
DNA dari air liur, peluh atau rambut itu telah DICAMPURKAN bersama dengan AIR MANI LELAKI LAIN ! Sebab itu, doktor pakar memberitahu di mahkamah bahawa terdapat banyak air mani yang berada pada Saiful adalah daripada ramai lelaki lain... dan TIDAK DIKENALI !
Ini bermakna hanya DNA dari Anwar Ibrahim.... bukannya air mani Anwar Ibrahim... tetapi air mani lelaki lain yang tidak dikenali.
Propaganda Umno telah menipu orang-orang Melayu dengan memutarbelitkan fakta bahawa DNA dan air mani itu sama. Sebenarnya DNA dan air mani adalah 2 perkara berbeza… DNA lain… sperma lain…
Saiful 'Boneka' dalam 'Permainan Kotor' Musa Hassan
Peguam Dato’ Seri Anwar memberitahu di mahkamah hari ini bahawa Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah "boneka", SAC Rodwan dalangnya dan Pengarahnya adalah bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan.
Saiful Bukhari adalah boneka yang dilatih pergi "shopping doktor" untuk membuktikan laporan perubatan yang berpihak kepada pihak pendakwaan.
" Saiful dinasihatkan oleh SAC Rodwan pada 24 Jun 2008 supaya menggunakan benda plastik untuk menyebabkan kecederaan pada dubur beliau, agar kelihatan konsisten dengan bukti penembusan".
"Inilah sebabnya mengapa Saiful, selepas cuba untuk mencederakan dubur dengan plastik, tidak pergi terus ke HKL untuk membuat dakwaan tersebut, tetapi sebaliknya pergi “shopping doktor” ke Hospital Pusrawi dan kemudian HKL, dengan tujuan awalnya untuk menentukan sama ada beliau berjaya dalam menyebabkan beberapa kecederaan, " tambah Sankara.
Saiful memang pembohong tegar
"Dia juga tidak pernah berada di unit 11-5-1 Kondo Desa Damansara. Dia hanya membuatkan dirinya kelihatan seperti berada di kondo itu dengan keluar masuk lif yang dirakam kamera litar tertutup,” kata Sankara lagi.
No comments:
Post a Comment