Anak-Anak Muda menempelak tindakan polis terhadap tangkapan
mahasiswa
dan ini lebih menyedihkan apabila ada yang tercedera. Kami tekankan
bahawa Mahasiswa atau anak muda punyai hak menuntut kebebasan dan pemansuhan
AUKU dan tindakan menangkap dan merempuh mahasiswa yang datang berhimpun di
bawah Suara Mahasiswa tidak merupakan satu kesalahan.
Sewajarnya pihak polis
menjaga dan mengawal keadaan dan bukan melakukan rempuhan sehingga mendatangkan
kecederaan terhadap mahasiswa.
Kami yakin dan percaya, Gerakan Mahasiswa tidak akan lemah
dengan pencabulan pihak polis dalam insiden di UPSI semalam. Mahasiswa dan Anak Muda perlu terus
memperjuangkan agenda perubahan yang digarap bersama dalam mereformasikan
Universiti, Kebebasan Akademik dan Pemansuhan AUKU dan Akta-akta yang
‘menggari’ dan ‘memenjarakan’ mahasiswa.
BERITA TERDAHULU
Terkini yang diterima jam 6.30 pagi tadi, pengesahan dari keluarga Sdr. Anang, pengerusi BEBAS dan Timbalan Presiden GAMIS, melaporkan keadaan Safwan baru sahaja sedar, yang mana sebelum ini beliau kritikal dan disahkan patah tulang rusuk dan mengalami kesukaran bernafas serta berada di Hospital Slim River. Beberapa lagi mahasiswa cedera.
Safwan telah ditumbuk dan teruk dibelasah oleh anggota polis dan sekarang ini dalam keadaan nazak. Kita doakan agar Allah memberi kekuatan dan melindungi beliau.
Reformis Anak Muda mendesak supaya polis membebaskan 17 aktivis dan mahasiswa yang ditangkap! Semua sahabat dipohon menghubungi nombor telefon balai polis Tanjung Malim, 05-4596222 untuk mendesak kesemua mahasiswa dibebaskan !
Saudara Adam Adli yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Tanjung Malim setelah meredah puluhan sekatan jalan raya oleh pihak polis, akhirnya berjaya juga menyelinap ke UPSI. Sdr. Adam Adli, Aktivis Mahasiswa juga telah ditahan di UPSI.. Sekarang dibawa ke Balai Polis Tanjung Malim...
Kesemua Jalan masuk ke IPD Tanjung Malim telah disekat. Terdapat 2 roadblock dari plaza tol sehingga ke IPD. Bagi mereka yang menunjukkan sokongan untuk hadir, sila ikut jalan belakang ke IPD (Tepi KTM).
Tadi kami ramai-ramai ,menyanyikan lagu NEGARAKU ketika polis naikkan bendera JALUR GEMILANG....tapi polis langsung tidak hormat,sebaliknya borak dan ugut kami di tangkap....
Setitik Darah... Mencipta Sejarah
Ketika anak muda lain bersuka ria menonton konsert di i-CiTY, merempit ke sana sini, berparti, clubbing, Check In, pesta dadah, seks bebas, dan berbagai lagi... tetapi malam Tahun Baru 2012, terdapatnya anak-anak muda mengetepikan semua itu.
Sebelum sambutan tahun baru, sekitar 40 mahasiswa yang berkumpul di depan UPSI telah diserang polis dan diangkut ke dalam trak. Mahasiswa ini berdemo secara aman, kerana membantah tindakan Universiti Pendidikan Sultan Idris yang menggantung Adam Adli dari pengajiannya.
Mahasiswa ini membuktikan, mereka serius dalam hal AUKU, serius dalam membebaskan Saudara Adam Adli dari tindakan oleh UPSI.
Tindakan ini akan mewujudkan satu gelombang yang lebih besar dari tindakan yang diberikan kepada Adam Adli ketika beliau menurunkan bendera gambar Najib Razak, dan ramai mahasiswa juga amat tidak berpuas hati dengan tindakan yang dikategorikan sebagai satu tindakan yang kejam serta zalim.
Ayuh!!! Anak Muda Mahasiswa…
SETITIK DARAH… MENCIPTA SEJARAH…!!!
Reformis Anak Muda
No comments:
Post a Comment