"Kalau Anwar ditakdirkan memimpin,

maka Anwar kena pastikan, jangan ada seorang Rakyat Malaysia,

Melayu, Cina, India, Dayak, Kadazan

yang hadapi dan rasa sakit derita dizalimi seperti kamu rasa."

...saksikan video untuk rakyat Malaysia

31/01/2012

Kempen 'Sayang Najib' - BN Sudah Gelabah


Kempen 'Sayang Najib' dilancarkan oleh dua kumpulan, Murid-Murid Persatuan Dewa Kuan Seng Teoh Kong dan Kelab Belia Graduan 1 Malaysia, hari ini dengan matlamat untuk menyampaikan dasar-dasar kerajaan kepada penduduk di bandar raya ini terutamanya kepada bukan Melayu.

Menurut mereka, Najib telah membawa usaha untuk cuba memenangi semula sokongan masyarakat Cina dan India, yang telah meninggalkan BN pada Pilihan Raya 2008 yang membawa kepada prestasi terburuk Bn dalam pilihan raya yang pernah diadakan.

Kempen Yang Sia-Sia

Kempen ini dianggap oleh Rakyat pelbagai kaum di negara ini sebagai satu lagi usaha memperbodohkan Rakyat oleh kerajaan UmnoBn.

Najib terpalit dengan satu siri skandal yang melibatkan ahli-ahli Kabinet, terutama kontroversi Pusat Fidlot Kebangsaan yang dikaitkan dengan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat, yang telah mencalarkan usaha Najib.

Dan juga satu-satunya cara bagi Najib untuk memenangi hati bukan Melayu adalah menghentikan sikap perkauman, menghentikan rasuah yang berleluasa seperti NFC, kontrak pertahanan, menghentikan pemberian imbuhan untuk memenangi undi yang menggunakan wang rakyat, menjalankan pilihan raya yang adil, memberhentikan jurang kaum, berhenti memanipulasi jentera Kerajaan dan lain-lain yang amat menjijikkan kepada rakyat biasa.  Barulah bukan Melayu akan menghormati Najib dan akan mengundi untuk dia!  Tetapi itulah yang paling mustahil perkara yang akan dilakukan oleh Najib.

Tanggapan semua rakyat Malaysia adalah beliau tidak dapat mengawal isterinya sendiri dan dianggap sebagai pemimpin yang sangat lemah… sehinggakan beliau menunjukkan sikap flip flop dalam kes perbicaraan Dato Seri Anwar Ibrahim yang mana mahkamah mendapati anwar tidak bersalah, tetapi Peguam Negara membuat rayuan yang memalukan.  Oleh itu, apa yang boleh rakyat biasa harapkan daripada Najib???

Rakyat mahukan perdebatan dengan Anwar Ibrahim diadakan bagi menilai hujah-hujah dan pandangan yang selama ini Rakyat masih tercari-cari jawapan yang terbaik dari kedua-dua pemimpin.

Rakyat juga akan sentiasa ingat orang-orang yang tidak memohon maaf kerana cuba untuk menghunus keris dengan darah Cina, memanggil Cina pendatang, balik Cina (baca sini) dan dalam keadaan hina Najib membiarkan bintang porno Chua Soi Lek menjalankan propaganda-propaganda liar yang membangkitkan keresahan Rakyat.

Janganlah perbodohkan Rakyat lagi dengan propaganda-propaganda murahan yang dapat ditangkis sendiri oleh Rakyat di negara ini.





No comments:

Post a Comment

Sahabat Blogger