Kedutaan Malaysia di Qatar telah ditutup
kepada orang ramai selama tiga hari untuk melayan dan memudahkan lawatan Rosmah
Mansor, isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Suatu notis yang memaklumkan mengenai
penutupan itu telah dihantar kepada Persatuan Malaysia Qatar, organisasi yang
mewakili ekspatriat Malaysia di negara Teluk, yang berjumlah hampir 5,000 orang.
Langkah itu tidak pernah berlaku sebelum
ini, iaitu inilah kali pertama kedutaan ditutup untuk menyambut tetamu negeri.
"Kita boleh memahami jika pejabat ini
ditutup bersempena dengan lawatan Yang Dipertuan Agong ataupun lawatan PM. Tetapi untuk menutup kedutaan hanya kerana
isteri perdana menteri yang akan datang, ia adalah menyusahkan," kata
seorang warganegara Malaysia di Doha, tangisan kesukaran yang dihadapi oleh
orang-orang yang terpaksa berurusan dengan kedutaan.
Lagak Rosmah Mansor yang dibenci oleh
Rakyat Malaysia di dalam dan di luar negeri membuatkan kita tidak faham dan
amat di luar jangkaan kita walaupun kunjungan pada masa lalu oleh Agong dan
Perdana Menteri tidak menyebabkan penutupan mana-mana kedutaan Malaysia.
Rosmah tiba pada hari Ahad untuk
menyampaikan ucaptama pada program Persatuan Peniaga Wanita Qatar dalam Forum Pelabur
Dalaman Asia 2012.
Sepanjang penginapan beliau, beliau juga
bertemu Sheikha Noor, isteri Perdana Menteri Qatar, diiringi oleh
pegawai-pegawai Malaysia.
Anak-anak muda dah meluat, meluat, meluat
dengan manusia macam ini… sebab itulah hutang Negara kita dah cecah setengah trillion
Ringgit (500 bilion) dalam masa Najib perintah negara ini, kalau dibandingkan
zaman 5 perdana menteri sebelum ini hanya 250 bilion hutang negara…
Maka dengan itu marilah kita bersama-sama talkinkan UMNO.
ReplyDeletesalam,
ReplyDeleteRosmah bantu kita menang sbnrnye huhu^^
KLIK bertuturlah dalam BM, PM beritahu masyarakat Cina