"Kalau Anwar ditakdirkan memimpin,

maka Anwar kena pastikan, jangan ada seorang Rakyat Malaysia,

Melayu, Cina, India, Dayak, Kadazan

yang hadapi dan rasa sakit derita dizalimi seperti kamu rasa."

...saksikan video untuk rakyat Malaysia

05/12/2011

Anak Muda Di Dalam & Di Luar Negara Anggap Umno HANCUR !!!





Dari anak-anak muda dan mahasiswa luar negara serta di dalam negara...


For the first time in the history of ‘Racism’ Umno Party general assembly, Najib witnessed the display of Umno had to be in a very 'Defensive' action, and from the definition of 'psychology', they use verses that show the defeat ...

This certainly marks UmnoBn losing in the next general election ...

Young generations, overseas students and local students in the country have seen an embarrasing  scenario and 'Excessive' attitude which did not reflect a culture of development "of race and religion" which is often proclaimed by them.

This time much of Umno general assembly is defending 'mistakes' of their own, and of course to cover their mistakes, then the Pakatan Rakyat is their victim to release their revenge which could no longer bear them.  In fact, it is not impossible if all the young generations think this rally is a gathering of the Pakatan Rakyat.

Debate and discussion in this assembly, did not mention the direction and progress of the party itself. Even in the winding up of the president, he is still producing hatred against the Pakatan Rakyat.

Young people see that Umno is on the verge of collapse as other parties in other countries has fallen with the rise of new politics and change, especially of young generations ...

- Reformis Anak Muda



Untuk pertama kali dalam sejarah Parti Perkauman Umno mengadakan perhimpunan agung, menyaksikan Najib dan Umno mempamerkan Umno terpaksa berada dalam keadaan amat ‘Defensive’ dan dari takrifan ‘psychology’nya,  mereka menggunakan ayat-ayat yang menunjukkan kekalahan … 

Inilah tandanya UmnoBn sudah pasti kecundang dalam PRU akan datang…

Anak-anak muda, Mahasiswa di luar negara dan juga anak-anak muda di dalam negara telah melihat satu senario amat memalukan dan ‘keterlaluan’ sikap yang langsung tidak mencerminkan satu budaya kemajuan “bangsa dan agama” yang selalu dilaung-laungkan oleh mereka.

Kali ini perhimpunan agung umno banyak mempertahankan ‘kesalahan’ mereka sendiri, dan sudah pasti bagi menutup kesalahan mereka, maka pihak Pakatan Rakyat yang telah berjaya "Merakyatkan Ekonomi" di negeri masing-masing, telah menjadi mangsa melepas dendam kesumat yang tidak tertahan lagi oleh Umno.  Bahkan tidak mustahil jika kesemua anak-anak muda beranggapan perhimpunan ini adalah perhimpunan Pakatan Rakyat kerana banyak isu Pakatan Rakyat dibangkitkan...

Perbahasan dan perbincangan di dalam perhimpunan ini, langsung tidak menyebut apakah halatuju dan kemajuan parti itu sendiri.  Malah di dalam penggulungan presiden, Najib masih mengeluarkan dendam kesumat terhadap Pakatan Rakyat .

Kesimpulan utama penggulungan Najib:

* Walaupun ekonomi Negara-negara Barat sedang bergoncang, ekonomi Malaysia yang stabil adalah kerana keputusan kepimpinan kerajaan yang munasabah dan amanah.

* Pembangkang membuat tuduhan dan pembohongan tetapi adakah Tidak dapat menjaga dalaman parti mereka sendiri . Mereka mendakwa ramai ahli parlimen BN melompat, tetapi tiada apa yang berlaku.  Malah, 6 ahli parlimen daripada pihak pembangkang berpaling tadah. Pembangkang bercakap tentang sokongan Demokrasi, Tetapi sehingga kini mereka belum mengamalkan demokrasi dan di dalam  parti mereka sendiri?

* Tuntutan pembangkang bahawa proses pilihan raya adalah cacat. JIKA mereka benar, bagaimana mereka boleh menang di Selangor dan lain-lain negeri?

* PAS sedang digunakan oleh DAP.  Jika PAS adalah sebuah parti Islam, ia mesti meninggalkan Pakatan Rakyat.

* Dan kita mesti mempunyai semangat berpasukan.  Jika kita menganalisa Perkara-perkara berkaitan, kita akan hilang banyak kerusi kerana terdapat ahli yang mengkhianati parti Umno.

* Rakyat Malaysia mesti menentukan samada mereka inginkan masa depan yang lebih terang dengan memilih Barisan Nasional atau jalan yang tragis memilih Pakatan Rakyat.

* Banyak kemenangan baru-baru ini adalah tanda-tanda bahawa transformasi dalam parti telah mula menunjukkan keputusan.

* Semua Ahli, perlu mempertahan dan melindungi parti ini, dan sudah tentu kemenangan pasti di sisi kita.


Akibat dari sikap memainkan Api Perkauman yang dahsyat, membolot Harta Rakyat, Penyalahgunaan kuasa, menindas Rakyat Miskin...

Maka... Anak-anak muda menyaksikan bahawa Umno sudah berada di ambang kehancuran seperti mana lain–lain parti di luar negara yang sudah tumbang dengan kebangkitan politik baru dan Rakyat yang mahukan perubahan terutamanya daripada anak-anak muda…

- oleh Reformis Anak Muda

No comments:

Post a Comment

Sahabat Blogger