"Kalau Anwar ditakdirkan memimpin,

maka Anwar kena pastikan, jangan ada seorang Rakyat Malaysia,

Melayu, Cina, India, Dayak, Kadazan

yang hadapi dan rasa sakit derita dizalimi seperti kamu rasa."

...saksikan video untuk rakyat Malaysia

10/12/2011

Zahid Hamidi Sengaja Buka Pekung Najib





Isu kapal selam Scorpene dipanaskan semula oleh Zahid Hamidi apabila
beliau meminta Lim Guan Eng menaiki kapal selam tersebut.

Selepas menyelam dengan kapal selam KD Tun Razak selama satu setengah jam, Lim menyifatkan pengalaman pertama kapal selam sebagai menarik dan menyeronokkan dan merasa kagum dan memuji tahap profesionalisme pegawai-pegawai dan anggota-anggota TLDM.


"Jika anda masuk ke dalam kapal selam tersebut .. ia adalah ruang yang sangat tertutup.  Bagi anggota seramai 32 pegawai dan anak kapal yang berfungsi dan beroperasi dalam ruang yang tertutup untuk tempoh masa yang panjang adalah satu pencapaian yang luar biasa dan mengagumkan".


"Saya berbangga dan menghargai sumbangan wira-wira kita yang berjasa kepada negara dan sanggup berkorban demi kepentingan negara serta profesionalisme mereka tidak boleh dipersoalkan" katanya.


Walau bagaimanapun, beliau mempunyai pandangan yang sangat berbeza pada kos kapal selam tersebut. 


"Kita perlu mempunyai kapal selam. Tetapi ada satu perkara yang kita berpandangan berbeza, iaitu kos pembelian tersebut" katanya.


Kita hormati pegawai-pegawai dan anggota TLDM yang menjalankan tugas mereka, dan mereka langsung tidak terlibat dengan skandal pengkhianatan Wang Rakyat ini...


Ada rahsia yang NajibRosmah tak tahu...
Kita semua sudah mendengar skandal pembelian Scorpene yang melibatkan wang “komisyen” rasuah sebanyak RM493 juta, dimeterai oleh Najib ketika menjadi Menteri Pertahanan pada 2002.  Kes ini sedang berjalan di mahkamah Perancis.


Skandal pembelian ini melibatkan kes Abdul Razak Baginda yang merupakan kenalan rapat Najib yang terlepas dari kes pembunuhan kejam warga Monggolia, Altantuya Shaariibuu pada 2006.


Altantuya Shaariibuu, wanita Monggolia yang menjadi penterjemah antara pihak Malaysia dan Perancis telah mati dibunuh dan badannya diletupkan dengan peledak C4 di Puncak Alam.


Apa motif kedua-dua pembunuh itu… sampai sekarang tak tahu… saja suka-suka kot…


Yang si Zahid sengaja mengajak Lim Guan Eng naik kapal selam tu pasal apa…?  Korang ingat si NajibRosmah tu suka ke Zahid buka cerita kapal selam tu balik… mesti ada sebab…


Lu jaga la Najib…… lu punya orang, ramai mau cantas sama lu….



No comments:

Post a Comment

Sahabat Blogger