"Kalau Anwar ditakdirkan memimpin,

maka Anwar kena pastikan, jangan ada seorang Rakyat Malaysia,

Melayu, Cina, India, Dayak, Kadazan

yang hadapi dan rasa sakit derita dizalimi seperti kamu rasa."

...saksikan video untuk rakyat Malaysia

12/12/2011

“Black Metalik” Memang Haram


Zambry Abd Kadir yang digelar oleh Rakyat Perak sebagai ‘Menteri Besar
Haram’, akibat dari kontroversi yang berlaku di DUN Perak.

Pada 11 Mei 2009 Hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Datuk Seri Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar Perak yang sah.  Beliau menyatakan hanya tiga kaedah melucutkan jawatan Menteri Besar :
  • Pertama – pembubaran Dewan Undangan Negeri.
  • Kedua – undi tidak percaya dalam sidang khas Dewan Undangan Negeri.
  • Ketiga – meletak jawatan secara sukarela.

Begitu juga Speaker Perak, V.Sivakumar, masih wujud dan mempunyai kuasa-kuasa yang termaktub dalam Perintah Tetap Dewan Negeri Perak, tetapi disingkir oleh BN dengan mengarahkan “pihak keselamatan” yang bersekongkol dengan kerajaan 'haram' BN mengheret keluar Speaker, V Sivakumar dan mengunci beliau di dalam stor selama 1 jam.

Sebab itulah YB Nga Kor Ming telah menyatakan bahawa, kenyataan “Black Metalik”nya diputar belit oleh parti perkauman Umno.  YB Nga menyatakan bahawa beliau tidak membenci Zambry dan hanya merujuk kepada  perampasan kerajaan negeri Perak oleh parti perkauman umnoBN yang dianggapnya haram jadah.

BLACK METALIK

Perkataan Black Metalik adalah dirujuk sebagai sesuatu yang tidak baik seperti  Black Magic, Black Mail, Black Money, Black List, Black Metal dan sebagainya…. Semuanya tidak baik dan tidak betul.  Itulah yang dimaksudkan oleh YB Nga Kor Ming.  Tetapi diputarbelitkan oleh media mereka.

Kalau hendak dibandingkan, adalah lebih TERUK kenyataan BIADAP UmnoBN terhadap Rakyat di negara ini seperti diungkapkan oleh pemimpin-pemimpin 1Malaysia mereka :


  • Pegawai Khas Najib, Datuk Nasir Safar berucap di seminar '1Malaysia' menyatakan, "orang India datang ke Malaysia sebagai peminta sedekah dan orang Cina terutama wanita datang ke sini untuk menjual tubuh mereka!"

  • Wakil rakyat BN, Mohd Said Yusof dan Bung Mokthar  memperlekehkan kaum wanita dengan mengatakan, “ Mana ada bocor bumbung Parlimen? Wanita pun bocor tiap-tiap bulan juga”. Beliau menghina wanita dengan menyamakan bumbung bocor Parlimen dengan kitaran haid wanita.

  • Kenyataan oleh YB Umno, Hamidah Osman di dalam persidangan DUN Perak, "Bila Nampak Ular dan seorang India, Pukul India Dulu, SETUJU".  Semua ADUN BN PERAK jawab: "SETUJUUUUU"

  • Timbalan perdana menteri, Mahyuddin Yassin tidak mahu mengarahkan buku ‘Interlok’ ditarik balik sebagai buku teks sekolah, buku yang menghina kaum India dengan memanggil mereka ‘Pariah’.

  • Menteri Industri Utama Dr. Lim Keng Yaik menghina kaum India, apabila permintaan kenaikan gaji pekerja ladang dibalas dengan kenyataan biadap “tak perlu naik gaji, kita tidak tahu apa yang berlaku di belakang pokok getah”.

Sebab itu, kenyataan hitam metalik diputarbelit oleh media Umno, kerana Umno BN sudah tidak ada isu!  Perkara-perkara kecil dan seumpamanya diperbesarkan.  Api perkauman hanyalah ‘Senjata Terakhir’ Umno dan Barisan nasional.

Kerana apa…

Kerana Umno Bn hendak menutup segala kemungkaran dan pengkhianatan mereka terhadap Rakyat di dalam isu Kenaikan Harga Barang, Penipuan Subsidi (baca sini), masalah Orang Melayu (baca sini) dan Rasuah yang melibatkan wang Rakyat berbilion-bilion Ringgit.

Ayuh! Anak Muda…. Kita sebarkan segala kemungkaran dan pengkhianatan oleh Umno Bn terhadap Rakyat.

No comments:

Post a Comment

Sahabat Blogger