"Kalau Anwar ditakdirkan memimpin,

maka Anwar kena pastikan, jangan ada seorang Rakyat Malaysia,

Melayu, Cina, India, Dayak, Kadazan

yang hadapi dan rasa sakit derita dizalimi seperti kamu rasa."

...saksikan video untuk rakyat Malaysia

01/12/2011

Wanita Keadilan Iktiraf “Anugerah Menteri Lembu” Tahun Ini


Wanita Keadilan hari ini berkata adalah amat memalukan bagi Shahrizat Jalil
untuk menyamakan perbicaraan kes fitnah liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan dakwaan penyelewengan lebih RM250 juta skandal dana awam Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

Shahrizat berkata pagi ini bahawa Presiden Keadilan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail juga harus meletak jawatan selepas Pakatan Rakyat telah memanggil Ketua Wanita Umno itu untuk berhenti politik kerana projek pertanian lembu negara telah dianugerahkan kepada suaminya.

Shahrizat telah diberi tekanan daripada kedua-dua Pakatan Rakyat dan Ahli Parlimen BN untuk meletak jawatan dari Kabinet dalam beberapa minggu kebelakangan ini.

"Ia memalukan dan mencerminkan mentaliti tipikal Wanita Umno. Ini adalah analogi yang salah – fitnah liwat dan penyalahgunaan dana awam”.

"Dia benar-benar layak dianugerah menteri lembu tahun ini," Ketua wanita Zuraida Kamaruddin memberitahu satu sidang akhbar hari ini.

Ketua Wanita Keadilan serta Ahli Parlimen Ampang ini telah berkali-kali mendesak Sharizat sebagai Menteri  pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat untuk meletak jawatan atas sebab NFC sedang disiasat kerana menipu dan pecah amanah ke atas pembelian dua unit kondominium mewah di sini dengan dana kerajaan.

Pengerusi eksekutif NFC Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail adalah suami Shahrizat.

Yb Zuraida Kamaruddin juga berkata hari ini bahawa walaupun perwakilan Wanita Umno mempertahankan pemimpin mereka, "hakim yang sebenar adalah Rakyat yang akan mengundi tidak lama lagi."

"Sekarang Rakyat akan menghukum bukan sahaja ketua Wanita Umno tetapi semua pihak dalam Barisan Nasional (BN)," katanya.

No comments:

Post a Comment

Sahabat Blogger