Najib dan pemimpin Umno cuba memperbodohkan orang-orang Melayu dengan
membuat kenyataan yang memutarbelitkan fakta sebenar apa yang telah berlaku
terhadap orang Melayu.
Najib dan Umno memberi amaran masa depan orang Melayu akan
malap jika UmnoBN tidak kekal berkuasa selepas pilihan raya umum nanti, kerana
kononnya jika Pakatan Rakyat perintah … bendera Malaysia akan direkabentuk
semula, mengurangkan separuh kakitangan perkhidmatan awam, mencemarkan
kedaulatan Raja-raja Melayu dan
mempersoalkan dasar-dasar yang membantu orang Melayu.
Sudah terang lagi bersuluh…
Kenyataan Kurang Ajar Umno Derhaka |
Memang Najib dan Umno sekarang ini terang-terangan meniup
api perkauman dikalangan orang Melayu,
walaupun ramai orang Melayu tahu itu semua alasan Najib dan Umno hanya bersandiwara
untuk menarik sokongan orang-orang Melayu, kerana mereka tahu Rakyat sudah
tidak menyokong mereka lagi.
Sokongan Rakyat terhadap Umno merosot dengan teruk sekali
apabila Umno GAGAL memajukan orang-orang Melayu sejak lebih 60 tahun yang lalu.
Kuasa mutlak yang diberi kepada Umno memerintah Negara ini
serta WANG yang berjumlah berbilion-bilion ringgit hasil daripada hasil bumi
Malaysia sejak 65 tahun dahulu, gagal dimanafaatkan untuk Rakyat Malaysia
terutamanya terhadap orang-orang Melayu.
- Kalau Umno memperjuangkan nasib orang-orang Melayu dan Islam, TIDAKLAH Melayu kaum paling miskin di Negara ini (mengikut perangkaan rasmi negara).
- Kalau Umno memperjuangkan nasib orang-orang Melayu dan Islam, TIDAKLAH Melayu yang paling ramai duduk di tepi-tepi sungai dan setinggan di Negara ini (boleh lihat dengan mata kita sendiri).
- Kalau Umno memperjuangkan nasib orang-orang Melayu dan Islam, TIDAKLAH Melayu menjadi penagih dadah yang paling ramai di Negara ini (walaupun kerajaan mampu membasmi perkara ini).
- Kalau Umno memperjuangkan nasib orang-orang Melayu dan Islam, TIDAKLAH Tanah Rezab melayu hanya tinggal1.7 juta hektar sahaja daripada 3 juta hektar pada asalnya.
- Kalau Umno memperjuangkan nasib orang-orang Melayu dan Islam, TIDAKLAH Kelantan 99.9 % rakyatnya orang melayu, tetapi kekayaan hasil minyak Kelantan tidak diberi kepada rakyat melayu Kelantan.
- Kalau Umno memperjuangkan nasib orang-orang Melayu dan Islam, TIDAKLAH ramai anak bangsa melayu yang pegang sijil SPM/Ijazah hidup menganggur tanpa pekerjaan setimpal yang menjamin masa depan mereka. (lihatlah sekeliling kita).
- Kalau Umno memperjuangkan nasib orang-orang Melayu dan Islam, TIDAKLAH 250 ribu orang Melayu menjadi murtad, menurut kenyataan Mufti Dato’ Seri Harussani. Semua ini adalah di bawah pemerintahan kerajaan Umno!
- Kalau Umno memperjuangkan nasib orang-orang Melayu dan Islam, TIDAKLAH pemimpin Umno melesapkan wang FELDA hampir RM3billion!
- Kalau Umno memperjuangkan nasib orang-orang Melayu dan Islam, TIDAKLAH Mahathir menggunakan wang PETRONAS untuk menyelamatkan anaknya dari bankrupsi (RM1.6 billion).
- Kalau Umno memperjuangkan nasib orang-orang Melayu dan Islam, TIDAKLAH ekuiti Bumiputera tinggal hanya RM2 bilion dalam pecahan ekonomi negara yang asalnya RM54 bilion.
- Kalau Umno memperjuangkan nasib orang-orang Melayu dan Islam, TIDAKLAH Melayu menjadi kaum yang paling ramai menjadi bohsia dan membuang serta membunuh bayi yang tak berdosa.
- Kalau Umno memperjuangkan nasib orang-orang Melayu dan Islam, TIDAKLAH Umno menutup Madrasah Sekolah Agama Rakyat dan menolak terus hukum HUDUD yang diarahkan oleh ALLAH S.W.T.
Hanya SATU sebab Umno melakukan perkara di atas….
Umno biarkan orang-orang Melayu terjadinya perkara-perkara
di atas adalah kerana supaya Umno MUDAH PEGANG TENGKUK ORANG-ORANG MELAYU agar
orang Melayu hanya mendengar kata-kata Umno.
Jika UMNO menjadikan Melayu pintar, Jika UMNO menjadikan
Melayu kaya, Jika UMNO menjadikan Melayu kuat agamanya, maka ORANG MELAYU AKAN
MEMBUANG Umno dari dahulu lagi.
Jika Umno biarkan anak-anak melayu di Malaysia ini PINTAR
dan KUAT AGAMA seperti anak Melayu pelajar Madrasah dari negara maju Singapura ini, yang
mengalahkan pelajar dari sekolah Amerika dan menjadi 'Best Speaker'... maka
Umno menganggap anak Melayu inilah yang
akan membuang Umno di masa akan datang...
Anak Melayu Madrasah Al Ma'arif, Singapura
Sebab itulah Umno tidak akan biarkan anak-anak Melayu di
Malaysia ini menjadi pintar.... agar dapat mengikut telunjuk mereka…
Bodohnya Melayu Kerana Umno Bijak Menipu…
Dan sekarang ini, orang-orang Melayu bukan lagi bodoh
seperti yang disangka oleh Najib dan Umno…
...Reformis Anak Muda
No comments:
Post a Comment