"Kalau Anwar ditakdirkan memimpin,

maka Anwar kena pastikan, jangan ada seorang Rakyat Malaysia,

Melayu, Cina, India, Dayak, Kadazan

yang hadapi dan rasa sakit derita dizalimi seperti kamu rasa."

...saksikan video untuk rakyat Malaysia

04/12/2011

Takbir !!! Ikhwanul Muslimin Menang PRU Mesir



PERGERAKAN Ikhwanul Muslimin yang didaftarkan nama parti politik
baharunya, Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) telah memenangi pilihan raya parlimen Mesir.

Keputusan awal dari pilihan raya pertama selepas revolusi Mesir menunjukkan pihak Islamis yang menyapu kemenangan.  Angka-angka bagi kawasan-kawasan yang mengundi pada hari Isnin dan Selasa, mengesahkan ramalan awal bahawa parti-parti Islam akan menang sekurang-kurangnya majoriti dua pertiga.

Ikhwanul Muslimin pernah diharamkan semasa pemerintahan Presiden Hosni Mubarak yang meletak jawatan semasa gelombang kebangkitan rakyat Mesir pada Februari lalu.

Keputusan penuh selepas pusingan pertama, yang menyaksikan 62 peratus keluar mengundi, sepatutnya dikeluarkan pada hari Rabu tetapi telah ditahan oleh suruhanjaya pilihan raya.

Kebangkitan mereka juga dijangka akan menimbulkan kebimbangan di Israel, yang berkongsi sempadan dengan Mesir dan perjanjian damai yang ditandatangani pada tahun 1979.

No comments:

Post a Comment

Sahabat Blogger