Najib cuba memperbodohkan anggota Pekida dengan membuat ucapan yang
Ramai daripada kami Anak-Anak Muda yang juga menggotai Pekida dan lain-lain pertubuhan Islam di Negara ini, amat terasa diperbodohkan oleh Najib di dalam ucapannya hari ini. Sebahagian besar anggota Pekida yang hadir bukan semuanya menyokong kenyataan Najib. Kebijaksanaan mereka menghadirkan diri, adalah satu tindakan yang amat bermakna... semuanya faham...
Najib, dalam ucapannya, memberi amaran masa depan orang Melayu akan malap jika BN tidak kekal berkuasa selepas pilihan raya umum nanti.
Alasan Najib meminta Pekida untuk pertahankan Umno adalah kerana kononnya jika Pakatan Rakyat perintah… bendera Malaysia akan direkabentuk semula, mengurangkan separuh kakitangan perkhidmatan awam, mencemarkan kedaulatan Raja-raja Melayu dan mempersoalkan dasar-dasar yang membantu orang Melayu.
Sudah terang lagi bersuluh…
Kenyataan Kurang Ajar Umno Derhaka |
Memang Najib dan Umno sekarang ini terang-terangan meniup api perkauman dikalangan orang Melayu, walaupun ramai anggota Pekida dan orang Melayu tahu itu semua alasan Najib dan Umno hanya sandiwara untuk menarik sokongan orang-orang Melayu, kerana mereka tahu Rakyat sudah tidak menyokong mereka lagi.
Sokongan Rakyat terhadap Umno merosot dengan teruk sekali apabila Umno GAGAL memajukan orang-orang Melayu sejak lebih 60 tahun yang lalu.
Kuasa mutlak yang diberi serta WANG yang berjumlah berbilion-bilion ringgit hasil daripada hasil bumi Malaysia sejak 63 tahun dulu gagal dimanafaatkan untuk Rakyat Malaysia terutamanya terhadap orang-orang Melayu.
- Kalau Umno memperjuangkan nasib orang-orang Melayu dan Islam, TIDAKLAH Melayu kaum paling miskin di Negara ini (mengikut perangkaan rasmi negara).
- Kalau Umno memperjuangkan nasib orang-orang Melayu dan Islam, TIDAKLAH Melayu yang paling ramai duduk di tepi-tepi sungai dan setinggan di Negara ini (boleh lihat dengan mata kita sendiri).
- Kalau Umno memperjuangkan nasib orang-orang Melayu dan Islam, TIDAKLAH Melayu menjadi penagih dadah yang paling ramai di Negara ini (walaupun kerajaan mampu membasmi perkara ini).
- Kalau Umno memperjuangkan nasib orang-orang Melayu dan Islam, TIDAKLAH Melayu menjadi kaum yang paling ramai menjadi bohsia dan membuang serta membunuh bayi yang tak berdosa.
- Kalau Umno memperjuangkan nasib orang-orang Melayu dan Islam, TIDAKLAH Umno menutup Madrasah Sekolah Agama Rakyat dan menolak terus hukum HUDUD yang diarahkan oleh ALLAH S.W.T.
- Kalau Umno memperjuangkan nasib orang-orang Melayu dan Islam, TIDAKLAH Umno membiarkan anak-anak Melayu dibiarkan tidak berpelajaran selepas SPM, dan sebahagian besar tiada pekerjaan yang menjamin masa depan mereka. (lihatlah sekeliling kita).
Hanya SATU sebab Umno melakukan perkara di atas….
Umno biarkan orang-orang Melayu terjadinya perkara-perkara di atas adalah kerana supaya Umno MUDAH PEGANG TENGKUK ORANG-ORANG MELAYU agar orang Melayu hanya mendengar kata-kata Umno.
Jika UMNO menjadikan Melayu pintar, Jika UMNO menjadikan Melayu kaya, Jika UMNO menjadikan Melayu kuat agamanya, maka ORANG MELAYU AKAN MEMBUANG Umno dari dahulu lagi.
Jika Umno biarkan anak-anak melayu di Malaysia ini PINTAR dan KUAT AGAMA seperti anak Melayu dari negara maju Singapura ini, yang mengalahkan pelajar dari sekolah Amerika dan menjadi 'Best Speaker'... maka Umno menganggap anak Melayu inilah yang akan membuang Umno di masa akan datang...
lihat video ini...
Anak Melayu Madrasah Al Ma'arif, Singapura
Sebab itulah Umno tidak akan biarkan anak-anak Melayu di Malaysia ini menjadi pintar....
Bodohnya Melayu Kerana Umno Bijak Menipu…
Dan sekarang ini, anggota-anggota PEKIDA bukan lagi bodoh seperti yang disangka oleh Najib…
reformis anak muda
reformis anak muda
No comments:
Post a Comment