"Kalau Anwar ditakdirkan memimpin,

maka Anwar kena pastikan, jangan ada seorang Rakyat Malaysia,

Melayu, Cina, India, Dayak, Kadazan

yang hadapi dan rasa sakit derita dizalimi seperti kamu rasa."

...saksikan video untuk rakyat Malaysia

29/05/2012

Exco Pemuda Umno Perli Najib - Tolak Debat perbuatan 'Lemah Jiwa'


Seorang Exco Pemuda Umno, Muhd Khairun Che Aseh menyifatkan Hiu Woong Sin - individu yang mengganggu ucapan perdana menteri di London baru-baru ini - sebagai "lemah jiwa" kerana menolak cabaran debat dengan pergerakan itu.



Khas untuk Najib?

Exco Pemuda Umno itu menyifatkan individu yang menolak cabaran debat sebagai "lemah jiwa".

Dalam sidang media tersebut beliau berkata,"Rupanya tuan tidak seperti raja pahlawan. Oleh itu, saya menyerah kepada rakyat untuk membuat penilaian terhadap beliau".

Beliau juga menyifatkan tindakan itu sebagai "(ayam) berkokok di luar gelanggang, tiba di tengah menyusup di celah kelangkang."


Ekoran kenyataan Exco Pemuda Umno itu, rakyat menyifatkan itu sebagai sindiran terhadap Najib Razak yang sedang hangat diperkatakan bahawa beliau takut untuk berdebat dengan Anwar Ibrahim.

Begitulah politik Umno yang apabila ada kepentingan sahaja mereka akan berjuang, kalau tak ada kepentingan jadilah cantas-mencantas.... macam lawak jenaka minggu lepas yang menyaksikan Naib Ketua Pemuda Umno Kampar yang isytihar keluar parti sebab tak dapat projek.

Tak ke begitu Khairi...???


No comments:

Post a Comment

Sahabat Blogger