"Kalau Anwar ditakdirkan memimpin,

maka Anwar kena pastikan, jangan ada seorang Rakyat Malaysia,

Melayu, Cina, India, Dayak, Kadazan

yang hadapi dan rasa sakit derita dizalimi seperti kamu rasa."

...saksikan video untuk rakyat Malaysia

28/05/2012

Bn Buat Projek RM5 Bilion. Kalau PR buat, 700 Juta Sahaja…


UmnoBn memang bijak merompak wang Rakyat melalui projek-projek mega yang dilaksanakan.

Semalam, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim telah sekali lagi mempertahankan pendirian kerajaan negeri bahawa isu bekalan air mentah adalah lebih penting daripada air dirawat dalam menyelesaikan masalah bekalan air di negeri ini.

Khalid Ibrahim juga mencadangkan bahawa air mentah yang akan disalurkan ke negeri Selangor adalah dari Tasik Kenyir di Terengganu, yang mempunyai kedalaman tasik lebih daripada 100 meter dan menyimpan kapasiti air yang terbesar di Semenanjung Malaysia.


Beliau berkata menyalurkan air dari Tasik Kenyir mengurangkan kos yang amat besar jika dibandingkan dengan Projek Penyaluran Air Mentah dari Pahang ke Selangor (projek UmnoBn) yangmembabitkan  pembinaan terowong sepanjang 44.6km, berukuran 5.2m diameter, membelah Banjaran Titiwangsa dan menyalurkan air mentah dari Empangan Kelau di Pahang ke Loji Rawatan Air Langat 2.  Dan anggaran kosnya melibatkan wang Rakyat  sebanyak RM5 bilion.

Tan Sri Khalid Ibrahim berkata kos memasang paip dari Tasik Kenyir bersama-sama dengan paip gas yang sedia ada dari Terengganu ke Selangor adalah dianggarkan hanya RM700 juta sahaja.

Rakyat bijak menilai...


No comments:

Post a Comment

Sahabat Blogger