Laporan-laporan terbaru Special Branch dan MIO telah
membantutkan hasrat PM Najib Razak untuk membubarkan Parlimen yang hangat
diperkatakan akan dibubarkan pada bila-bila masa.
Setakat ini laporan yang diterima menunjukkan Pakatan Rakyat
akan memenangi 95 kerusi Parlimen di Semenanjung Malaysia, yang mana situasi ini akan menyebabkan BN
tumpas dengan majoriti mudah, dan kemungkinan berlaku ‘Hung Parliament’ ataupun
Parlimen Tergantung.
Bulan Mac yang lalu, Najib Razak memberi amaran sekiranya BN
gagal mendapat majoriti selesa pada PRU13, maka ini akan member kesan perit
untuk BN. Justeru, katanya, adalah
penting bagi BN memperoleh majoriti dua pertiga, kerana negara memerlukan
sebuah kerajaan yang kukuh dan stabil.
3 perkara yang Najib terpaksa tangguh PRU13
Pertama, pada bulan
lepas, Mahkamah Perancis mendedahkan telah memperolehi bukti bahawa Najib,
semasa menjadi Menteri Pertahanan, telah meminta bayaran sebanyak AS $ 1 bilion
untuk Perimekar, sebuah syarikat yang dimiliki oleh Abdul Razak Baginda, kroni
beliau.
"Jika Perdana Menteri mempunyai integriti dan mahu
dilihat sebagai seseorang yang mempunyai kemuliaan dan moral, beliau harus
memberi kerjasama sepenuhnya kepada semua keperluan undang-undang," kata
naib presiden PAS.
Mahkamah Perancis mempunyai bidang kuasa terhadap semua
orang, tidak kira orang Perancis atau tidak, selagi mereka terlibat dalam
perkara melibatkan inkuiri sedia ada.
Akhbar di Kanada yang mempersoalkan Najib dalam kes terbaru melibatkan Altantuya |
Tribunal berterusan di Paris telah menyenaraikan beberapa
pegawai tertinggi Malaysia, termasuk Najib dan Menteri Pertahanan Ahmad Zahid
Hamidi.
Zahid sebelum ini mempersoalkan kuasa tribunal untuk
mengeluarkan sepina dan menggunakan Interpol untuk membantu jika saksi enggan
hadir.
"Siapa mereka untuk mengeluarkan waran tangkap? Kami tidak
tertakluk kepada undang-undang Perancis", Zahid berkata.
Bersih 2.0
Kedua, sudah tentu akibat Perhimpunan Bersih 3.0 yang
menyaksikan Rakyat berbilang kaum dari segenap lapisan seramai lebih 250,000
Rakyat berhimpun di Kuala Lumpur untuk menyatakan kebenaran dan menyatakan
sokongan menentang kerajaan yang korup, penipu dan zalim.
Lebih menakutkan Najib dan UmnoBn adalah yang hadir itu
datang dengan wang saku mereka sendiri, walaupun dari golongan miskin Rakyat
Malaysia.
Ketiga, acara Perhimpunan Raksaksa 500,000 ahli Umno bagi
meraikan Ulangtahun UMNO yang dirancang oleh Najib tidak hanya untuk
memperingati ulang tahun ke-66 parti itu, tetapi ia juga adalah untuk
menyediakan platform untuk mengumumkan pilihan raya umum ke-13.
Semasa kehadiran Najib Rosmah |
Walau bagaimanapun, jumlah kehadiran yang amat mengecewakan
dengan jumlah kurang 50,000 orang, telah dibuat perbandingan dengan Perhimpunan
pada 28 April Bersih 3.0, di mana seramai 250,000 rakyat Malaysia berkumpul hadir
secara sukarela di sekitar Dataran Merdeka Kuala Lumpur. Nampaknya keadaan ini telah memberikan
kedua-dua pemimpin Umno ini, Najib dan Mahathir berfikir dua kali untuk
melaksanakan PRU13.
Minggu lepas, Mahathir menasihatkan Najib untuk mengadakan
PRU13 hanya selepas sambutan Hari Raya Aidil Fitri, berbeza dengan gesaan
beliau pada awal bulan April, yang mengatakan ia adalah masa yang sesuai untuk
Najib untuk membubarkan Parlimen secepat mungkin…
Lagi lama ditangguh… lagi parah UmnoBn…!!!
Orang-orang Umno dah mula benci dengan Najib ni… tengok la
nanti….
No comments:
Post a Comment