Seorang pemimpin yang dulunya disegani, Mahathir Mohamed,
yang sudah tua menjangkau usia hampir 90 tahun, sejak akhir-akhir ini sudah
membuat kenyataan yang di bawah kebijaksanaan beliau sendiri… mungkin usia
beliau sudah tidak mampu mengawal pemikiran beliau sendiri …
Kenyataan beliau di dalam majlis Wacana Negarawan anjuran
Persatuan Bekas Wakil-wakil Rakyat BN (Mubarak), di Alor Setar malam tadi,
telah membuka pekung UmnoBn yang telah lama membarah di dalamnya, iaitu
kegiatan cantas-mencantas di antara mereka sendiri yang masing-masing berebut
kerusi dan jawatan dalam pilihanraya yang akan datang nanti.
Sebab itulah Mahathir mengeluarkan kenyataan yang Tidak Masuk Akal bahawa perhimpunan Bersih adalah untuk menggulingkan kerajaan... semata-mata untuk menutup isu pergaduhan di dalam UmnoBn.
Ahli umno bergaduh sesama sendiri, angkara isu 'Biawak Hidup' |
Dalam kenyataannya malam tadi, beliau menyeru pemimpin dan
anggota Umno agar membuang sikap "mencantas" orang lain, semata-mata
kerana ingin "mengajar" Presiden Umno yang tidak memilih mereka
menjadi calon pilihan raya.
Sikap sedemikian kata Dr Mahathir, Pakatan Rakyat mempunyai kelebihan untuk memenangi
pilihan raya.
Dalam majlis tersebut, turut hadir adalah pengerusi Mubarak
kebangsaan Datuk Seri Abdul Aziz Rahman, pengerusi Mubarak Kedah Datuk Abdul
Rahman Ibrahim dan bekas pemimpin Umno.
Chua Soi Lek Juga Tiru Mahathir Kata...
Macam biasalah, Chua Soi Lek seorang pemimpin Bn yang
mengaku sendiri rendah moralnya, telah menuruti apa sahaja Mahathir kata…
Beliau juga sudah meluahkan kegusarannya mengenai
cantas-mencantas di dalam Bn dan menyeru anggota MCA supaya tidak bermusuh dan
membunuh semangat setiakawan di kalangan anggota parti komponen dalam Bn, hanya
kerana merebut kerusi dalam pilihan raya akan datang.
"Jangan gaduh dengan parti dalam komponen BN. Kita serah kepada Perdana Menteri Najib Razak
untuk memilih calon BN untuk bertanding." katanya di Putrajaya malam tadi.
Hancor Bn kali ini… cantas-mencantas sudah bermula… sebab
ramai ‘orang lama’ dah gelisah tak dapat jadi calon…
No comments:
Post a Comment