"Kalau Anwar ditakdirkan memimpin,

maka Anwar kena pastikan, jangan ada seorang Rakyat Malaysia,

Melayu, Cina, India, Dayak, Kadazan

yang hadapi dan rasa sakit derita dizalimi seperti kamu rasa."

...saksikan video untuk rakyat Malaysia

25/05/2012

Noh Omar Dedahkan Konspirasi Kerajaan UmnoBn


Kalau rakyat Malaysia pergi ke Parlimen mendengar wakil-wakil rakyat Bn berhujah di dalam dewan, anda semua mesti kata ... “ patut la YB-YB Bn pun membentangkan hujah-hujah yang tak berkualiti, sebab menteri mereka pun bodoh macam tu jugak...”


Kalau tak percaya... boleh tanya Nazri Aziz.  Ahli-ahli parlimen Bn, sudah biasa panggil beliau ‘chief’.  Beliau selalu naik angin bila melihat ahli-ahli parlimen BN yang pemalas, tak buat homework, pembentangan hujah yang bodoh, pemalas, tak hadir sidang parlimen dan sebagainya.  Malah beliau juga memuji YB-YB Pakatan Rakyat yang telah menyampaikan hujah-hujah bernas demi kepentingan Rakyat dan senantiasa membuat homework sebelum dibentangkan di Parlimen.

Hujah Bodoh Noh Omar

Hari ini, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar, berkata dakwaan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bahawa air di Selangor mencukupi menunjukkan Khalid Ibrahim tidak faham isu air di Selangor atau cuba bermain politik.

Noh Omar berkata apa yang dibangkitkan oleh kerajaan persekutuan mengenai kadar rizab air di Selangor ialah rizab air Air Terawat bukannya kapasiti air mentah di tujuh empangan di Selangor.

Oleh itu, Noh Omar berkata beliau sanggup menerima cabaran MB Selangor, Khalid Ibrahim supaya melawat empangan-empangan itu dengan syarat Menteri Besar sanggup meminum air dari empangan itu.

Kenyataan bodoh Noh Omar ini membuktikan beliau sendiri yang cuba bermain politik.  Khalid Ibrahim sudah awal-awal lagi telah membuat kenyataan mengenai lebihan Rizab air dan masalah air terawat dalam Berita Harian bertarikh 02 November 2011.



Noh Omar Dedahkan Konspirasi Kerajaan BN

Akibat tidak menggunakan akal, Noh Omar membongkarkan Konspirasi kerajaan UmnoBn dalam isu air di Selangor.  Air Terawat adalah tanggungjawab SYABAS yang mana ia adalah sebuah syarikat kroni UmnoBn.  Pemegang saham SYABAS adalah Puncak Niaga Holdings Berhad ("PNHB") yang memegang 70%.

Yg Bhg Tan Sri Rozali Ismail adalah pengasas Puncak Niaga (M) Sdn Bhd (PNSB), Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga Holdings Berhad, Kumpulan dan pemegang saham utama Puncak Niaga.  Beliau ini dikenali memang cenderung kepada kerajaan UmnoBn.

SYABAS telah diberikan konsesi oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor untuk menguruskan, merawat,  mengendalikan dan mengedarkan kualiti air yang bersih bagi tempoh tiga puluh tahun, bermula pada 1 Januari 2005.

Dengan pengakuan Noh Omar, terbukti sudah SYABAS telah bersekongkol dengan kerajaan UmnoBn untuk menyusahkan Rakyat di Selangor dengan tidak memberikan bekalan air terawat yang mencukupi.

Inilah dia sikap Noh Omar yang buat-buat tidak faham isu air di Selangor atau cuba bermain politik, dengan menyusahkan rakyat Selangor, dengan harapan Rakyat marah kepada kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.

Tetapi... Rakyat bijak menilai, dan tahu apa yang perlu dilakukan semasa Pilihanraya nanti demi kesejahteraan hidup mereka sendiri, bukannya kesejahteraan dan kemewahan hidup pemimpin-pemimpin UmnoBn.... yang membiarkan Rakyat menderita menghadapi keperitan hidup.


1 comment:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Sahabat Blogger