Perdana Menteri, Najib Razak, telah menempah dewan eksklusif
di London untuk mengadakan satu majlis ‘mempromosikan’ diri sendiri, semua pada
kos pembayar cukai, pada minggu hadapan.
O2 Arena, yang dikenali penduduk tempatan sebagai 'Dome’,
adalah salah satu mercu tanda ibu negara UK yang paling menarik perhatian dan
ia akan menjadi lokasi utama untuk Sukan
Olimpik nanti.
Ia juga sering digunakan untuk menganjurkan konsert pop yang
paling utama, seperti konsert ‘Final Tour’ Michael Jackson.
Walau bagaimanapun, pada hari Isnin ini, Najib Tun Razak
telah menjadi pengarah untuk sebuah acara yang dibintangi oleh beliau sendiri,
'Sepetang Bersama Perdana Menteri’.
Menurut laman web Suruhanjaya Tinggi London, semua rakyat
Malaysia di UK adalah dijemput untuk menghadiri majis inbi secara percuma,
dengan makanan dan minuman yang disediakan dan hiburan kebudayaan yang
ditawarkan keseluruhannya.
"Mengapa Najib menghabiskan wang seperti ini dalam acara
promosi di negara asing"? tanya seorang palajar London yang terkejut.
"Ini adalah satu acara parti politik untuk memancing undi
dan akan menggunakan berjuta-juta Ringgit sebagai kos majlis tersebut. Ia adalah salah untuk membelanjakan wang awam
seperti ini, dan saya tidak fikir Rakyat Malaysia akan kagum bahawa ia diadakan
di UK. Mungkin Najib tidak berani mengadakan perhimpunan di KL lagi
selepas orang ramai keluar untuk Berish 3.0! " kata seorang pelajar lagi.
Dianjurkan oleh Suruhanjaya Tinggi Malaysia di atas
perbelanjaan Rakyat Malaysia!
Lebih amat memalukan,
apabila didedahkan bahawa Suruhanjaya Tinggi Malaysia juga mengatur
pengangkutan percuma dan peruntukan bagi pelajar dari seluruh UK!
Pelajar dari jauh telah digesa untuk hadir dalam usaha yang
sangat terdesak yang dianjurkan oleh diplomat Malaysia. Gerakan sedemikian yang dianggap direka untuk
mengelak terlalu banyak kerusi barisan depan kosong yang akan menggambarkan
imej buruk walaupun media di Malaysia memanipulasikan foto-foto yang disiarkan
nanti.
Mereka mensasarkan 1000 rakyat Malaysia untuk turut serta
dalam perhimpunan itu.
'Dome ' -muat untuk program najib, tapi langsung tak muat untuk Bersih 3.0 |
“Perjalanan dengan bas-bas ke London akan disediakan. Minuman dan pek Majlis Makan Malam akan
disampaikan di dalam bas-bas tersebut. Semua
cawangan diminta untuk mengesahkan bilangan yang hadir supaya kita akan tahu
sama ada untuk menempah satu atau dua bas. Tolong sampaikan mesej ini kepada kumpulan
tempatan anda (?) Dan lain-lain rakyat Malaysia”, seorang diplomat membuat
kenyataan.
“Ini bukan perhimpunan rasmi. PM hanya akan menyampaikan sedikit ucapan dan
kemudiannya akan bergaul dengan orang ramai sepanjang malam”, kata mereka lagi.
No comments:
Post a Comment