"Kalau Anwar ditakdirkan memimpin,

maka Anwar kena pastikan, jangan ada seorang Rakyat Malaysia,

Melayu, Cina, India, Dayak, Kadazan

yang hadapi dan rasa sakit derita dizalimi seperti kamu rasa."

...saksikan video untuk rakyat Malaysia

22/12/2011

Sharizat Letak Jawatan Akan Sahkan UMNO Pengkhianat Melayu & Rakyat




Selepas dikecam kerana salahguna kuasa dan skandal rasuah, Menteri Umno
Shahrizat Jalil telah memberikan bayangan jelas bahawa beliau bersedia untuk meletak jawatan.
Jika Sharizat meletak jawatan, maka terbuktilah bahawa Umno adalah PENGKHIANAT MELAYU dan PENGKHIANAT RAKYAT yang telah merompak duit rakyat miskin, duit nelayan, duit petani, duit pemandu teksi, duit seluruh rakyat Malaysia. 

Apabila kerajaan UmnoBn beri pinjaman RM250 juta kepada syarikat keluarga Sharizat, ini perbelanjaannya:

  • membeli dua kondo mewah di Bangsar berharga RM13.8 Juta
  • membeli kondo paling mewah di Singapura bernilai 10.4 Juta
  • membeli sebuah kereta Mercedes mewah bernilai lebih Setengah Juta Ringgit
  • melancung ke luar Negara dengan kos lebih RM800 Ribu.

Kondominium Sharizat di Singapura

Inilah dia pengkhianat Melayu!!! yang menyalahgunakan wang rakyat untuk kepentingan peribadi. 
Dihadapan orang Melayu mereka melaung-laungkan HIDUP MELAYU!... BERJUANG UNTUK ORANG MELAYU!... UMNO PEJUANG BANGSA MELAYU!.... termasuklah di hadapan peserta-peserta BTN yang dipaksa hadir untuk mendengar FITNAH UmnoBn.

Tetapi dalam masa yang sama.... Umno lah yang membangsatkan Orang Melayu di negara sendiri seperti :

  • Melayu kaum paling miskin di Negara ini (mengikut perangkaan rasmi negara).

  • Melayu yang paling ramai duduk di tepi-tepi sungai dan setinggan di Negara ini (boleh lihat dengan mata kita sendiri).

  • Melayu menjadi penagih dadah yang paling ramai di Negara ini.

  • Melayu tinggal Tanah Rezab Melayu hanya 1.7 juta hektar sahaja daripada 3 juta hektar pada asalnya.

  • Melayu di Kelantan 99.9 % rakyatnya orang melayu, tetapi kekayaan hasil minyak Kelantan tidak diberi kepada rakyat melayu Kelantan.

  • Melayu paling ramai yang pegang sijil SPM/Ijazah hidup menganggur tanpa pekerjaan setimpal yang menjamin masa depan mereka. (lihatlah sekeliling kita).

  • Melayu seramai 250 ribu orang telah menjadi murtad, menurut kenyataan Mufti Dato’ Seri Harussani.

  • Melayu Umno yang melesapkan wang FELDA hampir RM3billion!

  • Melayu seperti Mahathir menggunakan wang PETRONAS RM1.6 Billion untuk menyelamatkan anaknya dari bankrupsi.

  • Melayu di dalam ekuiti Bumiputera tinggal hanya RM2 bilion dalam pecahan ekonomi negara yang asalnya RM54 bilion.

  • Melayu menjadi kaum yang paling ramai menjadi bohsia dan membuang serta membunuh bayi yang tak berdosa.

  • Melayu Umno menutup Madrasah Sekolah Agama Rakyat dan menolak terus hukum HUDUD yang diarahkan oleh ALLAH S.W.T.


Wahai Orang-Orang Melayu sekalian.  SEDARLAH...

Anda undi UmnoBn, nasib anda akan menjadi semakin teruk di masa akan datang.  Kita lihat selama 53 tahun Umno Melayu perintah kerajaan negara Melayu ini, semakin teruk keadaan orang-orang Melayu.

Mereka UMPAN orang-orang Melayu dengan wang seperti pemberian RM100, RM500 dan sebagainya semata-mata untuk pancing undi di pilihanraya akan datang ini.

Selepas selesai pilihanraya, Najib sudah sahkan GST akan dilaksana. Apa itu GST... baca

Hidup anda semua akan sengsara dengan cukai dan kenaikan harga barang seperti yang kita dapat rasakan sekarang ini.

Jadi... saudara saudari yang dihormati sekalian... berilah peluang kepada Pakatan Rakyat untuk memerintah negara ini selama 5 tahun, kerana anda semua boleh tukar semula atau kekalkan Pakatan Rakyat pada pilihanraya akan datang selepas itu, jika HAK Rakyat dan KEBAJIKAN Rakyat serta KESENANGAN Rakyat anda rasa dikecapi... undilah Pakatan Rakyat...


No comments:

Post a Comment

Sahabat Blogger