Dengan mainan Api Perkauman dan propaganda penipuan Umno, orang-orang
Melayu, kalau mengikut kajian sebelum
ini telah ada peningkatan sokongan terhadap Umno.
Sokongan ini akan PASTI…. Saya ulangi… akan PASTI… lari dari
Umno dan sekutunya.
Keadaan ini akan berlaku disebabkan pengundi-pengundi atas
pagar terutamanya orang-orang Melayu, yang sekarang ini menjadi harapan UmnoBn
untuk menang, akan pasti memberi undi simpati kepada Anwar Ibrahim, apabila kes
FITNAH 2 telah membuktikan fitnah terang-terangan Umno terhadap Anwar.
Ayat Dan Hadis Mengenai FITNAH :
* Allah berfirman
bermaksud: "Mahukah Aku khabarkan kepada kamu, kepada siapakah
syaitan-syaitan itu selalu turun? Mereka selalu turun kepada tiap-tiap pendusta
yang berdosa, yang mendengar bersungguh-sungguh (apa yang disampaikan oleh
syaitan-syaitan itu) sedangkan kebanyakan beritanya adalah dusta." (Surah
asy-Syuaraa' ayat 221-223)
* Hadis riwayat Ahmad
dan Tharani; "Barang siapa yang mengetahui ada orang mukmin dihina di
depannya, ia harus membelanya, mempertahankan nama baik si mukmin itu. Apabila
ia tidak mahu melakukan pembelaan itu, maka Allah s.w.t. akan menghinanya di
depan orang ramai''.
* Allah memberi
amaran kepada golongan yang suka berbohong dan berdusta di dalam firman-Nya
bermaksud: "Maka nyatalah bahawa tidak ada yang lebih zalim daripada orang
yang mereka-reka perkara-perkara yang dusta terhadap Allah, dan mendustakan
kebenaran sebaik-baik sahaja kebenaran itu disampaikan kepadanya. Bukankah
(telah diketahui bahawa) dalam neraka jahanam disediakan tempat tinggal bagi
orang-orang kafir?" (Surah az-Zumar ayat 32).
* Sabda Rasulullah
bermaksud: “Sesiapa mengawal lidahnya (daripada memperkatakan kehormatan orang)
maka Allah akan menutup kecelaannya (hal-hal yang memalukan).” (Hadis riwayat
Ibnu Abib-Duanya).
* Hadis Rasulullah
s.a.w. Diriwayatkan daripada Huzaifah r.a katanya: "Aku telah mendengar
Rasulullah s.a.w bersabda: "Tidak masuk Syurga orang yang suka menabur
fitnah."
* Allah meletakkan
dosa membuat fitnah lebih buruk kesannya daripada membunuh. Firman Allah
bermaksud: “...fitnah itu besar (dahsyat) dari melakukan pembunuhan...” (Surah
al-Baqarah, ayat 217).
Keimanan Islam, Bersubahat dan Dosa Besar
Perubahan sokongan ini akan pasti berlaku, kerana bagi
orang-orang Melayu terutamanya yang masih ada keimanan Islam mereka, pasti
tidak dapat menerima Fitnah tersebut, apatah lagi mahu bersubahat dan mendapat
dosa besar dengan menyokong fitnah dan kezaliman yang telah berlaku.
Mereka pasti akan bangun menentang kezaliman
UmnoBn terhadap Anwar Ibrahim sepertimana berlaku kebangkitan orang-orang
Melayu pada tahun 1998.
Selama ini Umno telah menggunakan taktik kejam untuk menyebarkan
fitnah, menipu dan menanam perasaan
takut di kalangan orang Melayu serta menggunakan ugutan, dengan tujuan untuk
mengaburkan mata rakyat daripada skandal-skandal kewangan dan rasuah yang telah
mengakibatkan kehilangan beratus-ratus bilion ringgit.
Terbaru, Buku Panduan Pilihanraya Umum yang ‘Sulit’ yang memberi
arahan rasmi supaya menyebarkan fitnah
seberapa banyak yang boleh untuk menyakinkan pengundi terutamanya orang-orang
Melayu.
Dato’ Seri Anwar mendedahkan perkara ini di Kongres Tahunan
Keadilan. Menurut Anwar lagi, buat
sekarang ini buku panduan tersebut telah diserahkan kepada YB Azmin Ali untuk
tindakan selanjutnya.
Inilah bukti bahawa Umno akan membuat apa sahaja FITNAH
terutamanya untuk pembunuhan karektor Anwar Ibrahim.
Dan Orang
Melayu akan pastikan mereka tidak BERSUBAHAT dengan Umno dan mendapat DOSA
BESAR dengan memfitnah Anwar Ibrahim.
No comments:
Post a Comment