"Kalau Anwar ditakdirkan memimpin,

maka Anwar kena pastikan, jangan ada seorang Rakyat Malaysia,

Melayu, Cina, India, Dayak, Kadazan

yang hadapi dan rasa sakit derita dizalimi seperti kamu rasa."

...saksikan video untuk rakyat Malaysia

08/10/2011

GST paksa rakyat bayar kos ‘hadiah’ Bajet 2012


Secara ringkasnya GST ini adalah :  Beli apa sahaja barang keperluan, kena
cukai GST 4% (pengecualian kepada beras, sayur, tepung dan gula).  Di masa hadapan tidak mustahil semua boleh dikenakan GST, dan kadar yang dikenakan pada 4% itupun tidak mustahil akan dinaikkan jugak.


Sekarang ni kerajaan meletakkan kadar 4% kerana kononnya kurang 1% jika dibandingkan dengan cukai jualan dan perkhidmatan 5% yang dikenakan sekarang, contohnya apabila kita makan di McDonald, Pizza, KFC dan lain-lain (gambar).

Yang bezanya antara kedua-dua cukai ini (baru dan lama) ialah dulu cukai hanya untuk golongan yang mampu makan di tempat-tempat yang disebutkan tadi, tetapi sekarang cukai GST akan dikenakan untuk kesemua jenis barangan, contohnya beli kopi, baju, susu untuk anak, tayar motor, ikan di pasar…. apa sajalah yang anda beli di Tesco, Giant, Carrefour, kedai mamak…dan lain-lain akan dikenakan cukai kerajaan 4%.

Resit yang dikenakan cukai kerajaan
Dan cukai ini yang pastinya akan dibayar oleh kita semua, semua golongan termasuk orang Umno, MCA, MIC, PAS, PKR dan apa jua parti sekalipun akan terpalit dan sama-sama menanggung beban dan risiko.

Kenapa kerajaan BN melaksakan GST? Satu soalan bijak terutamanya bila hampir pilihanraya. Takkan BN nak cari pasal dengan rakyat?

Dalam keadaan pertumbuhan ekonomi yang menurun sekarang, melaksanakan GST adalah satu satunya jalan keluar bagi membolehkan Belanjawan 2012 yang berjumlah RM232 bilion dapat direalisasikan (pemberian bonus, bantuan, elaun khas, kenaikan gaji, peruntukan khas dan lain-lain).

Untuk merealisasikan Belanjawan tersebut, BN perlu meminjam sekurang-kurangnya RM46 bilion untuk membiayai defisit Belanjawan 2012; itu pun jika ekonomi tumbuh pada kadar 5% - 6% bagi tahun 2012. 
Masalahnya sekarang adalah, had hutang Negara (debt ceiling) sudah mencapai had maksima iaitu 55% dari KDNK (Hutang Negara mencecah RM437 bilion). Takkan nak naikkan debt ceiling lagi yang akan membiarkan Negara terjerumus dengan masalah hutang (debt crisis) seperti yang berlaku di Amerika sekarang ini.

Oleh itu jalan penyelesaiannya adalah dengan memaksa rakyat membayar GST untuk membiayai defisit belanjawan 2012.

Jadi apa gunanya banyak pemberian ‘hadiah pilihanraya’ Bajet 2012, tetapi selepas itu rakyat dipaksa semula membayar kos hadiah tersebut?



(Kementerian Kewangan http://www.treasury.gov.my - GST adalah merupakan cukai kepenggunaan yang berasaskan kepada konsep nilai ditambah. Ianya dikenakan ke atas barang dan perkhidmatan di setiap peringkat pengeluaran dan pengedaran dalam rantaian pembekalan termasuk barang dan perkhidmatan yang diimport.)

No comments:

Post a Comment

Sahabat Blogger