"Kalau Anwar ditakdirkan memimpin,

maka Anwar kena pastikan, jangan ada seorang Rakyat Malaysia,

Melayu, Cina, India, Dayak, Kadazan

yang hadapi dan rasa sakit derita dizalimi seperti kamu rasa."

...saksikan video untuk rakyat Malaysia

30/10/2011

Komik “Siapa Rosmah”

Dengan Pilihan Raya Umum (PRU) semakin hampir, UMNO bekerja keras untuk
merampas semula negeri-negeri yang mereka tewas kepada pembangkang.


Terkini, jentera propaganda UMNO telah melancarkan kempen memulihkan imej termasuk menerbitkan komik bertajuk "Siapa Rosmah" sebagai langkah terdesak memaparkan beliau sebagai seorang yang berjimat cermat dan Wanita Pertama yang baik hati.

Tak kira sebanyak mana pujian diberikan kepada isteri Perdana Menteri oleh jentera propaganda UMNO, istilah berjimat cermat tidak layak diberikan kepada Rosmah!




Semasa persidangan Parlimen baru-baru ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz mengelak daripada menjawab soalan berkenaan beg tangan Birkin mengatakan Rosmah memilikinya dalam jumlah yang banyak.


Ramai yang menyedari dan mengetahui bahawa Rosmah telah kelihatan menggunakan beg tangan Birkin dalam majlis rasmi dan ketika dalam percutian, sekurang-kurangnya 11 kali dengan beg Birkin dalam pelbagai warna. 


Beg tangan Birkin dicipta oleh Hermes pada 1984 dan dinamakan mengikut nama pelakon dan penyanyi British, Jane Birkin, yang tinggal di Peranchis. Beg Birkin dikenali dunia sebagai simbol kemewahan dan kekayaan. Pengeluarannya adalah terhad dan permintaan yang tinggi menyebabkan harganya melambung tinggi dari RM30,000 hingga RM500,000 sebuah, mengikut model.


Walaupun gaji Perdana Menteri atau Menteri agak besar, namun ia tidaklah terlampau tinggi sehingga mampu bermewah-mewah dengan barangan yang di gayakan oleh Rosmah.


Sekiranya UMNO fanatik menganggap Rosmah sebagai Wanita Pertama yang berhemah dan suka berbuat kebajikan, ia memberikan petanda yang baik untuk jentera propaganda untuk menjawab rakyat yang tertanya tanya kebenaran berita tentang beg tangan Birkin Rosmah kemana jua beliau pergi 


Adakah Rosmah membeli dengan duitnya sendiri, atau adakah ia dihadiahkan, atau adakah sebenarnya beg tangan tersebut dia beli kat "Petaling Street"?

No comments:

Post a Comment

Sahabat Blogger