"Kalau Anwar ditakdirkan memimpin,

maka Anwar kena pastikan, jangan ada seorang Rakyat Malaysia,

Melayu, Cina, India, Dayak, Kadazan

yang hadapi dan rasa sakit derita dizalimi seperti kamu rasa."

...saksikan video untuk rakyat Malaysia

30/10/2011

Babi Halal

klik imej
Aku nak samakan tajuk di atas dengan gerombolan pemfitnah dari UMNO, TV3,
Utusan Malaysia dan yang sekutu dengannya.  Semuanya halal asalkan matlamat politik dan kuasa kepala pemimpin mereka direalisasikan.  Jadi barua dan pencacai lah senang cakap.


Mereka ni macam dah tak ada ugama nak percaya,
apatah lagi Al-Quran yang kita umat Islam seluruh dunia sanjung dan sepatutnya diikuti dan ditaati tanpa ada persoalan.  


Fitnah oleh gerombolan macam dah tak ada sabda Nabi Muhammad S.A.W yang menyatakan memfitnah itu salah satu daripada 7 dosa besar.  Lagipun di dalam Al Quran dah sebut hukum-hukum memfitnah...Suka hati gerombolan aje nak cakap ikut sedap mulut, asalkan matlamat jahat mereka tercapai.  Yang percaya dengan fitnah tu, cepat-cepatlah bertaubat.


Kita orang kampong ni tak dapat apa-apa pun, kalau dapat pun... semua yang di beri kerajaan adalah duit kita jugak... udah le tu...


Hukum Hudud boleh dipertikaikan, macam Zahid Hamidi memberi kenyataan bahawa hukum Hudud ini tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia yang terdiri dari masyarakat majmuk.   Wah...wah...wah anak tok guru agama ni nak lawan tuntutan Al-Quran, buat-buat tak paham sebab nak selamatkan harta sendiri, rumah besar, kereta mewah berlambak-lambak dah macam harta tu boleh dibakar masa mati nanti (bawak sekali ke 'syurga').


Berbalik pada cerita tadi, aku rasa curiga bila tengok gambar ini. Apakah benar-benar ianya halal atau sekadar tanda halal yang silap dilekatkan pada label produk tersebut? Entahlah, apa yang pasti sentiasa berhati-hati dalam setiap apa yang ingin kita jadikan darah daging.  Ini memang kerja gila... kalau betul gambar tersebut, memang dah parah.  Sejak bila daging babi ada yang halal???  Mungkin belajar dari gerombolan kot...


No comments:

Post a Comment

Sahabat Blogger