"Kalau Anwar ditakdirkan memimpin,

maka Anwar kena pastikan, jangan ada seorang Rakyat Malaysia,

Melayu, Cina, India, Dayak, Kadazan

yang hadapi dan rasa sakit derita dizalimi seperti kamu rasa."

...saksikan video untuk rakyat Malaysia

09/11/2011

Malaysia hantar 'pegawai' seramai jumlah atlet ?!?! - Sukan SEA


Pembayar cukai Malaysia boleh bayar untuk 599 pegawai dan pemerhati bagi
menghadiri Sukan SEA, hampir sama jumlahnya 608 atlet negara yang menuju ke Indonesia untuk bersaing.

Laporan menyebut seramai 261 pegawai akan menghadiri acara sukan serantau - secara rasmi bermula pada hari Jumaat - tetapi yang lainnya seramai 338 VIP dan pemerhati juga telah diberi tauliah untuk menyertai kontinjen Malaysia.

Sebenarnya inilah hakikat sukan di Malaysia ni, tak akan maju sampai bila-bila… boleh jahanam dengan”Majulah Sukan Untuk Negara”…. Piiiraaahhh mabok!!!  Selagi sikap pengurusan macam sial… selagi itulah tahap sukan Malaysia macam ni…

Dari Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan Majlis Sukan Negara (MSN) sahaja, VIP nya lebih 48 orang.

Yang paling best sekali… apa dibuat juruaudit dan pegawai kewangan Kerajaan Negeri pergi sekali dengan kontinjen?  Lawatan sambil belajar atau mungkin perjalanan membeli-belah?... shopping sakan… bila lagi… semua tanggung.

Yang paling membuatkan ReformasiAnakMuda bengang sekali…  Atlet muda untuk mendapat pendedahan di bawah Kategori B seramai 253 orang, kena bayar dari poket sendiri !!!  Tak ke bangang kalau selalu diucapkan “Majulah Sukan Untuk Negara”…

AYUH!!! Anak muda… “Majukan diri sendiri… tolak kepimpinan Sampah!”

No comments:

Post a Comment

Sahabat Blogger