"Kalau Anwar ditakdirkan memimpin,

maka Anwar kena pastikan, jangan ada seorang Rakyat Malaysia,

Melayu, Cina, India, Dayak, Kadazan

yang hadapi dan rasa sakit derita dizalimi seperti kamu rasa."

...saksikan video untuk rakyat Malaysia

23/11/2011

Apabila Kaldai Menjadi Syaitan …


Apabila Najib baru-baru ini mengumumkan ISA akan dimansuhkan, anda
semua harus tahu ia hanya "sandiwara".


Apabila Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein mengumumkan undang-undang baru yang menggantikan ISA akan termasuk ‘Penahanan tanpa perbicaraan’, Rakyat harus tahu memang kerajaan UmnoBn tergolong dalam golongan orang yang ZALIM.


Tuan Guru Nik Abdul Aziz pernah mengingatkan pihak berkenaan bahawa tiap helai bulu roma, setitik peluh dan air mata yang gugur atau keluar dari tubuh ‘tahanan tanpa bicara’ ini, maka akan dipertanggungjawab di hadapan Allah kelak.


Keseksaan yang dialami keluarga tahanan ISA sudah banyak yg kita dengar.


Amat sedih dengan kisah mangsa ISA ditahan ‘tanpa bicara di mahkamah’ selama 7 tahun, anaknya telah meninggal dunia dalam keadaan ayahnya tiada di sisi.  


Betapa kejamnya apabila isteri ‘tahanan tanpa bicara’ terpaksa memohon cerai atas tekanan pihak tertentu.


Amat memilukan apabila suami dibawa entah ke mana. Setelah seminggu suami diculik oleh SB, si isteri menghadapi tekanan yang tidak dapat dibayangkan.  Tinggallah isteri dalam keadaan trauma dan ketakutan bersama anak-anak kecil. Si isteri sedang mengandung 7 bulan.  Rumah beliau ditinggalkan dalam keadaan amat berselerak seperti setelah dimasuki perompak. Barang-barang bertaburan di merata ruang rumah.


Apabila masa tiba untuk bersalin, si isteri terpaksa memandu kereta bersendirian ke hospital untuk melahirkan anak yang sudah tidak bernyawa, doktor mengesahkan bayi kandungan beliau telah meninggal dunia dalam rahim.


Tekanan ditambah lagi dengan anak remaja yang meninggalkan kampung kerana tak selesa tinggal lagi dengan fitnah terhadap ayah mereka.  Cuba bayangkan, bagaimana anak-anak remaja ini, ayahnya yang dituduh membunuh dan merompak tanpa bukti dibawa ke mahkamah, dan media membesarkan tajuk ini dengan menyiarkan gambar-gambar mereka selaku penjenayah sepanjang masa. Waktu itu ada anak-anak ini menghadapi peperiksaan UPSR ,PMR, SPM, STPM dan di pusat pengajian tinggi...


Diceritakan kisah seorang anak yang dimaklumkan oleh doktor sebagai ada masalah mental… sehingga anak itu begitu lasak dan ganas dan sering melukakan dirinya sendiri. Si isteri seperti putus asa dengan nasibnya dan nasib anaknya.  Dia mengatakan kadang-kadang dia terasa seperti hendak membunuh anaknya dan dirinya sendiri.  Mungkin kerana tekanan yang hebat lantaran suami yang ditangkap dan ditahan ‘tanpa bicara’.


Sekarang kita akan mempunyai ISA 1.0 dan ISA 2.0


Tahniah kepada orang-orang yang meletakkan kaldai ini di takhta pemerintahan selama lebih 50 tahun yang lalu ..


Apabila anda meletakkan sekumpulan lembu dalam kawasan yang penuh dengan rumput, anda akan menyalahkan lembu kerana makan rumput orang lain! Lembu adalah hanya lembu...


Masalahnya BUKAN dengan ISA.  Ia adalah dengan menteri-menteri yang tidak bertanggungjawab dan pihak berkuasa polis yang sewenang-wenangnya menahan ‘Rakyat Yang Berani Bersuara’ terhadap UmnoBn, untuk melindungi UmnoBn dan simpan dalam kuasa rasuah serta takut kehilangan hak untuk memerintah! .... UmnoBn takut kuasa rakyat yang akan menjatuhkan mereka!


Begitu juga Akta baru yang sepatutnya menggantikan ISA adalah sama seperti mengubah tajuk dan segala-galanya, iaitu kereta Proton tetap sama kecuali warna dan aksesorinya.


ISA digunakan oleh perkauman UmnoBn, pelampau, pengganas dan hanya akan bertindak ke atas rakyat biasa dan parti-parti Pakatan Rakyat.  Ini kerana, yang menguasai isu ISA ini, sama ada daripada KDN atau Bukit Aman, terdiri daripada mereka yang hatinya keras, tidak lut dengan nasihat agama dan hilang kemanusiaan mereka.


GMI, NGO dan parti politik pembangkang sememangnya tidak mampu untuk menghalang keegoan pemerintah. 


Hanya kebangkitan rakyat sahaja terutamanya Anak-Anak Muda yang dapat menyelesaikan isu ini… 


Ayuh!!! Anak Muda…. Kita bangkit menentang kezaliman!!!



No comments:

Post a Comment

Sahabat Blogger