"Kalau Anwar ditakdirkan memimpin,

maka Anwar kena pastikan, jangan ada seorang Rakyat Malaysia,

Melayu, Cina, India, Dayak, Kadazan

yang hadapi dan rasa sakit derita dizalimi seperti kamu rasa."

...saksikan video untuk rakyat Malaysia

11/11/2011

NAJIB ROSMAH TAHU BN AKAN KALAH TERUK !....


Kekalahan teruk BN sudah tidak dapat disangkal lagi, walaupun pahit untuk
ditelan, Najib Rosmah terpaksa terima hakikat ini.....

  • Mereka berusaha melalui Institut Aminudin Baki menganjurkan kursus bagi semua guru-guru yang berumur 35 tahun ke bawah di beberapa tempat, untuk ‘brainwash’ guru-guru ini membenci Pakatan Rakyat dengan cara keterlaluan (ala ala BTN).
Sehinggakan bila waktu rehat, guru-guru ini melepaskan perasaan sakit hati mereka,  “apa lah yang dicakap macam tu… ingatkan kursus pasal kerja… depa ingat kita ni semua bodoh ke… “.  Guru-guru sudah ‘fed up’ dan pendam perasaan mereka, oleh kerana itu NAJIB ROSMAH TAHU BN AKAN KALAH TERUK!

  • Najib Rosmah cuba untuk membawa bersama-sama mereka pemimpin-pemimpin UMNO BN, untuk berjuang menentang Pakatan Rakyat habis-habisan… tapi pemimpin-pemimpin UMNO BN ni buat lakonan terbaik dalam sejarah perfileman Negara. Najib Rosmah tahu perkara ini dan mereka takut dengan keadaan ini sehinggakan sudah beberapa kali membuat perhimpunan khas bersama ahli dan pemimpin UMNO BN.
Yang sebenarnya, lebih separuh pemimpin-pemimpin UMNO BN dan Ahli-ahli Parlimen UMNO BN telah buat ‘deal’ dengan Anwar Ibrahim, “Please.. count.. me.. in…” –termasuklah pak-pak menteri. Nak sebut satu persatu nama… tunggu.. akan dimaklumkan kemudian… Sebab itu NAJIB ROSMAH TAHU BN AKAN KALAH TERUK!
  
  • Mereka tahu hanya sokongan Melayu sahaja yang akan menangkan UMNO BN. Sebab itu mereka cuba memperbodohkan (bukan semua terpedaya) golongan Felda, kampong  dan pendalaman.
Dan jika Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman penjara sekali lagi, terlalu ramai golongan Melayu atas pagar, yang sekarang ini hanya tunggu, dengar dan lihat, akan pasti memberi sokongan simpati kepada Anwar Ibrahim seperti yang berlaku pada tahun 1998/1999, kerana golongan atas pagar ini sensitif dengan isu FITNAH terhadap Anwar. Jika ini berlaku sudah pasti NAJIB ROSMAH TAHU BN AKAN KALAH TERUK!

  • Sebab itu mereka terpaksa ‘by hook or by crook’ menipu dalam pilihanraya bersekongkol dengan SPR dalam pendaftaran pengundi yang ‘meragukan’ (kenyataan SPR) sehinggakan pekerja asing pun dibawa ke Putrajaya dari Johor, untuk menghadiri “Kursus Keusahawanan” seperti kata ketua polis daerah Sepang, Imran Abdul Rahman di dalam Sinar Harian.

    Pakatan Rakyat telah menubuhkan satu badan penyiasat perkara ini, dan senantiasa membongkar penipuan SPR yang menyebabkan N
    AJIB ROSMAH TAHU BN AKAN KALAH TERUK!


  • Kakitangan kerajaan pun sudah muak dengan sikap Najib Rosmah dan pimpinan kerajaan, kerana  mereka juga dapat merasakan keperitan hidup dengan harga petrol dan harga barang naik, dan terpaksa pendam perasaan sakit hati itu, kerana dulu mereka ditakutkan bahawa undi mereka akan diperiksa semula untuk mengetahui undi pilihan mereka(kerana ada nombor siri pada kertas undi).

Tetapi di dalam pilihanraya umum 13 akan datang, sudah pasti mereka akan mengundi Pakatan Rakyat kerana keyakinan mereka Pakatan Rakyat akan menang amat cerah jika dibanding dengan pilihanraya terdahulu. Mereka lebih mengetahui kerana mereka tahu sikap orang yang ada di pejabat-pejabat kerajaan yang amat ramai menyokong Pakatan Rakyat tetapi tidak ditonjolkan.

Oleh itu, sudah pasti mereka akan memangkah Pakatan Rakyat dalam PRU13, kerana ‘mitos’ undi boleh diperiksa semula akan lenyap dengan penukaran kerajaan kepada Pakatan Rakyat.  Jangan lupa  Pengundi-Pengundi Pos juga sudah bermain-main di kepala mereka untuk mengundi Pakatan Rakyat tanpa ketakutan lagi.  Sebab itu NAJIB ROSMAH TAHU BN AKAN KALAH TERUK!

  • ‘Simpanan Tetap’ BN di Sabah dan Sarawak akan pasti terkubur dalam PRU13, kerana Najib Rosmah tahu sejarah PRU 1995, yang menyaksikan Parti Bersatu Sabah pada saat akhir telah mengumumkan keluar Barisan Nasional.
Apa yang penting bagi PBS dan kebanyakan menteri-menteri adalah ‘Political Survival’ mereka, bukannya parti BN yang kebetulan memerintah buat masa ini.  Kita akan lihat dan dengar pengumuman ‘maut’ dari presiden PBS yang sudah berbisik, “ Please..count..me..in” kepada Anwar Ibrahim beberapa bulan lepas. Sebab itu… NAJIB ROSMAH TAHU BN AKAN KALAH TERUK

No comments:

Post a Comment

Sahabat Blogger