"Kalau Anwar ditakdirkan memimpin,

maka Anwar kena pastikan, jangan ada seorang Rakyat Malaysia,

Melayu, Cina, India, Dayak, Kadazan

yang hadapi dan rasa sakit derita dizalimi seperti kamu rasa."

...saksikan video untuk rakyat Malaysia

12/11/2011

NajibRosmah Peduli Apa Dengan Rakyat Miskin

Najib anak Perdana Menteri, Hishamuddin anak Perdana Menteri, Rosmah Isteri Perdana Menteri…


Aku rasa kepala otak kita semua boleh paham kenapa mereka yang di atas tu TIDAK FAHAM betapa seksanya hidup rakyat di bawah.

Lahir-lahir sahaja terus dilimpahkan dengan kemewahan yang tidak ada langsung keperitan dan kesusahan hidup.  Dibesarkan dengan segala cukup keperluan.  Disekolahkan dengan kelengkapan dan perbelnjaan yang seolah-olah tidak ada manusia lain di negara ini mampu berbuat demikian.  Kita juga sudah melihat betapa mewah anak-anak mereka hidup dalam kemewahan tanpa had di luar negeri.

Adakah kita semua yakin mereka ini BOLEH FAHAM KEPERITAN HIDUP RAKYAT ?!!!

Tidak hairanlah jika pemimpin negara ini memotong subsidi rakyat dengan menaikkan harga barangan seperti gula dan petrol. Tidak hairanlah mereka ini tidak mempedulikan nasib rakyat di masa akan datang dengan mengenakan cukai GST yang membebankan rakyat.
Ia kerana, pemimpin negara tidak pernah merasai kesusahan rakyat kerana tenggelam dalam kehidupan mewah dan boros mereka.

Zaman Khalifah Umar Abdul Aziz, dengan kebijaksanaan dan kezuhudan beliau, tiada seorang pun rakyat miskin dalam zaman pemerintahan beliau. Pemimpin seperti inilah yang sangat ditunggu oleh umat Islam dan seluruh makhluk sekelian alam. Bagaimana nak menjadi seperti beliau?…

Rosmah pulak lain ceritanya… Mak saudara, anak saudara, sepupu, anak beranak semua kata dia ni perempuan Puaka (lihat video)

Orang2 Umno pun dah Benci tahap tragis kat perempuan ni.  Rakyat Malaysia apa lagi tahap benci sepuluh kali ganda dari orang Umno.  Ingat Rosmah! Kamu akan jadi macam bini pemimpin lain, Imelda Marcos; Leila Trabelsi, isteri Presiden Tunisia; suzzane, isteri Hosni Mubarak;  Farah Diba, isteri Raja Iran, Shah Pahlevi; dan Isteri Muammar Gaddafi, Safia Farkash.

Apa jadi pada mereka?!!!

No comments:

Post a Comment

Sahabat Blogger