"Kalau Anwar ditakdirkan memimpin,

maka Anwar kena pastikan, jangan ada seorang Rakyat Malaysia,

Melayu, Cina, India, Dayak, Kadazan

yang hadapi dan rasa sakit derita dizalimi seperti kamu rasa."

...saksikan video untuk rakyat Malaysia

15/10/2011

Kebangkitan Baru Anak Muda Kuasa Ketiga

Sebagai teras kepada kebangkitan baru ini, keperibadian anak muda
seharusnya cemerlang yang membawa maksud, mereka adalah golongan yang beriman dan beramal. Keperibadian yang  kukuh, akan melonjakkan diri anak muda menjadi seorang warganegara yang bertanggungjawab dan mempunyai ketahanan untuk menjulang obor kebangkitan baru di Malaysia.  Dengan wujudnya

peribadi yang cemerlang, generasi muda pasti lebih bersedia pada bila-bila masa untuk melibatkan diri di dalam hal ehwal pentadbiran negara dan mengambil bahagian dalam membuat keputusan.


Malangnya, hari ini peranan anak muda hanyalah sebagai penonton kepada pembangunan negara dan kadang-kadang menjadi ‘bidak catur’ kepada keputusan tidak matang para pemimpin negara.  Generasi muda juga terus menjadi bahan eksperimen keputusan pra-matang kerajaan yang diterajui BN atas nama Program Rakan Muda dan yang terkini Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Program-program yang sepatutnya menghasilkan peribadi anak muda yang hebat, sehingga hari ini masih kurang dilihat keberhasilannya.


Oleh sebab itu, kebangkitan generasi muda kali ini adalah untuk menuntut peranan mereka dalam menentukan halatuju pembangunan negara yang telah sekian lama dipinggirkan.


Demi mencapai hasrat tersebut, anak muda perlu berani untuk menterjemahkan hak sivil mereka untuk tidak menjadi ‘tukang angguk’ atau ‘yes man’ kepada segala apa yang dipercaturkan oleh pemerintah.
Namun sebagai memenuhi matlamat yang semakin hampir, anak muda perlu memainkan tugasan segera yang perlu oleh mereka :

Pertama: Anak muda mestilah menjadi agen penyebar maklumat yang aktif khususnya melalui media baru untuk menyedarkan rakyat seluruhnya tentang hakikat sebenar masa depan negara.

Kedua: Anak muda mestilah menunjukkan perasaan penentangan mereka terhadap segala agenda yang boleh merosakkan negara secara bijaksana melalui medial sosial seperti facebook, blog, twitter dan lain-lain. 


Ketiga: Anak muda mestilah menyuarakan inspirasi mereka secara kolektif bagi menentukan halatuju negara di masa akan datang melalui wacana, konvensyen dan forum yang menghasilkan manifesto atau agenda mereka untuk kesejahteraan negara.

Keempat: Anak muda mestilah membentuk ikatan (coalition) dan jaringan yang interaktif (network) supaya suara mereka akan didengari dan pendirian mereka akan dihormati.

Kelima: Anak muda mestilah menterjemahkan kehendak mereka secara assertif melalui peti undi di bawah slogan bersama “undi untuk perubahan ke arah kesejahteraan”.


Di dalam golongan anak muda di Malaysia, sekelompok daripada mereka ialah Mahasiswa yang sedang berada di kemuncak pendidikan formal negara.  Kuasa Pelajar ataupun “Students power” dan peranan strategik mahasiswa selaku ‘the third force’ dalam mengembeleng perubahan sosial, ekonomi dan politik di negara ini, sememangnya telah dikesan sejak sekian lama.


Lantaran itu, potensi yang ada pada gerakan mahasiswa telah dikekang dan dipasung melalui Akta Universiti dan Kolej university [AUKU] 1971.
Mahasiswa dilayan seumpama ‘rakyat kelas kedua’ apabila kegiatan mereka ditentang dan mereka dihalang dari menyuarakan pandangan, khususnya perkara yang melibatkan soal politik dan masa depan negara. Hanya aktiviti membodek dan mengampu pemerintah sahaja yang dibenarkan oleh segelintir “Napoleon Kecil” yang berada di kerusi Hal Ehwal Pelajar [HEP] setiap universiti.


Akibat dari undang - undang dan peraturan yang membelenggu mahasiswa dan ahli akademik di kampus, jelas tidak langsung membantu dalam mempertingkatkan kualiti sistem pendidikan tinggi di negara ini, bahkan ianya menjelaskan kenapa reputasi universiti kita selalu merudum dalam pelbagai ranking universiti dunia. Dan sebab itulah soal pendirian politik para mahasiswa hendaklah diberikan kebebasan kepada mereka untuk menentukannya tanpa paksaan dan ugutan.


Oleh yang demikian, bagi seluruh anak muda di negara ini hendaklah berganding bahu supaya gelaran “pewaris kepimpinan negara” yang sering diungkap, benar-benar menjelma dan menjadi kenyataan dengan kebangkitan memartabat gerakan anak muda sebagai kuasa ketiga penjana perubahan.

No comments:

Post a Comment

Sahabat Blogger